Dong Jiao Zong Tolak Penyelarasan Mata Pelajaran Bahasa Kebangsaan

Dong Jiao Zong Tolak Penyelarasan Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah


(Kajang 26hb)  Menurut pengerusi Jiao Zong , Cheah Lek Aee, selepas berbincang dengan 9 Pertubuhan Pendidikan Cina, mereka akhirnya mencapai kesepakatan untuk menolak cadangan Kementerian Pendidikan menyelaraskan kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah pelbagai aliran.


Beliau berkata, kurikulum dan kaedah pengajaran di SK, SJKC dan SJKT adalah tidak sama. Oleh itu, mustahil untuk mengajar menggunakan satu buku teks dan kurikulum yang sama


"Sekarang ini, bahasa Melayu diajar sebagai bahasa kedua di SJKC dan SJKT, bukan sebagai bahasa ibunda. Bagaimana kita boleh menggunakan kurikulum bahasa Melayu yang sama untuk mengajar?"


Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat tertutup dengan 9 pertubuhan pendidikan Cina selama 2 jam 30 minit berhubung penyelarasan kurikulum bahasa Melayu di Bangunan Pentadbiran Dong Zong, Kajang hari ini.


“Kami juga tidak tahu kenapa (Kementerian Pendidikan) tiba-tiba mencadangkan penyelarasan kurikulum bahasa Melayu dan sebabnya hanya akan diketahui pada pertemuan dengan mereka nanti.


Cheah Lek Aee memberitahu "Sin Chew Daily", sewaktu beliau menerima surat jemputan ke mesyuarat dengan Kementerian Pendidikan, pihak terbabit tidak memaklumkan sebab cadangan ini diajukan. Namun, Dong Jiao Zong bersama pertubuhan  pendidikan Cina yang lain sudah sepakat untuk tegas menolak cadangan tersebut.


”Kementerian Pendidikan juga  tidak mengatakan kurikulum bahasa Melayu SJKC lemah, selain tiada bukti yang mengatakan penguasaan bahasa Melayu murid SJKC lemah."


Cheah Lek Aee turut mendedahkan bahawa Kementerian Pendidikan pada asalnya dijadualkan bertemu dengan pertubuhan pendidikan Cina dan Tamil pada 30 Ogos bagi membincangkan penyelarasan kurikulum bahasa Melayu sekolah rendah namun, pertemuan tersebut dimaklumkan telah ditunda ke tarikh lain. 


" Kementerian Pendidikan baru sahaja memaklumkan melalui e-mel bahawa ia telah ditangguhkan, tanpa menyatakan tarikh, masa dan lokasi perbincangan akan datang"


Menurut Cheah Lek Aee lagi,  13 wakil daripada 9 pertubuhan pendidikan Cina telah mengambil bahagian dalam mesyuarat tertutup hari ini bagi membincangkan isu ini.


Pertubuhan-pertubuhan itu termasuklah Dong Zong, Jiao Zong, Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Kuala Lumpur Selangor, Majlis Bahasa Cina Malaysia, Majlis Pengetua Sekolah Menengah Conforming Malaysia,  Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Besar Malaysia, Persatuan Guru Besar SJKC, Persatuan Ibu Bapa Pendidikan Cina dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)


Sumber : SinChew Daily 26-8-2024

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tapak pelancaran roket antarabangsa pertama bakal dibina di Pahang

China Hapus Unsur Arab dalam Agama Islam • Terjemahan Semula Al-Quran dalam Bentuk Buku Penterjemahan Petikan Ringkas Al-Quran versi Bahasa Cina

Goh Tian Chuan Sokong Sepenuhnya Persatuan Penyatuan Satu China• Masyarakat Cina Sokong Dasar Satu China Kerana Selaras Dengan Dasar Negara.