Tapak pelancaran roket antarabangsa pertama bakal dibina di Pahang
Kuantan 25 Mei- Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato' Mohamad Nizar bin Mohamad Najib berkata pembangunan Pelabuhan Angkasa Antarabangsa Pahang dijangka siap dalam tempoh 3 hingga 5 tahun akan datang.
Tambah beliau, tapak pelancaran roket antarabangsa pertama di Asia Tenggara ini dijangka mampu mewujudkan 2,350 peluang pekerjaan, selain memberi kesan positif kepada ekonomi, sektor pelancongan serta peluang penyelidikan.
Ketika berucap di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Bangunan DUN Pahang pada Khamis, beliau menjelaskan bahawa dari segi kelebihan lokasi, kawasan yang dipercayai paling sesuai untuk pembangunan ini terletak di sepanjang garisan khatulistiwa Pantai Timur, terutamanya di Pahang dan Sabah
"Dari segi kelebihan, saya dimaklumkan antara kawasan tapak yang optimal (dibangunkan) adalah di garisan Khatulistiwa di sekitar pantai timur khususnya Pahang dan Sabah,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini pada Khamis
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Chan Chun Kuang (PH-Semambu) mengenai jangkaan masa untuk menyiapkan tapak projek berkenaan dan peluang pekerjaan yang dapat direalisasikan daripada pembangunan projek tersebut.
Mohamad Nizar berkata, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) telah menandatangani surat hasrat (Letter of Intent) bersama China Great Wall Industry Corporation (CGWIC) dan Lestari Angkasa Sdn Bhd bagi menjalin kerjasama strategik dalam pembangunan sektor teknologi angkasa di Malaysia pada 15 April.
Menurut Mohamad Nizar, PKNP dan Lestari Angkasa Sdn Bhd juga akan mengadakan lawatan kerja ke Wenchang Space City, Hainan, China pada Mei ini sebagai sebahagian daripada kajian kebolehlaksanaan dan kerja merancang pembangunan projek International Space Port di Pahang.
Sementara itu Mohamad Nizar berkata, kerajaan negeri sedang menilai dua cadangan bagi membangunkan bandar aeroangkasa atau aerospace city yang meliputi kawasan Gebeng, Kuantan dan Pekan.
Menurut akhbar Sinar Harian, Disember lepas Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang dilaporkan berkata, Pahang dan Sabah antara negeri disenaraikan untuk dibangunkan sebagai tapak pelancaran roket membawa satelit ke angkasa lepas.
Sumber : Oriental Daily 25-4-2025

Ulasan
Catat Ulasan