44 Buah Sekolah Baharu Dibina Tahun Depan • Fadhlina : SJKC dan SJKT Tidak Dipinggirkan

 


Menteri Pendidikan Fadhlina berkata,  Kementerian Pendidikan (KPM) telah mendapat peruntukan tertinggi dalam Belanjawan 2025, maka 44 buah sekolah baharu akan dibina, tanpa meminggirkan SJKC dan SJKT


Beliau menyifatkan Belanjawan ini memenuhi keperluan semua kumpulan pelajar "Komitmen besar kerajaan - peruntukan RM64.1 bilion bertujuan memastikan tiada kanak-kanak yang terpinggir dan setiap kumpulan pelajar boleh mendapat manfaat."


Belanjawan untuk tahun depan telah dibentangkan semalam dan KPM telah mendapat peruntukan tertinggi dalam sejarah. Peruntukan ini termasuklah kos untuk pembinaan 44 buah sekolah baharu.


Apabila ditanya oleh wartawan sama ada 44 buah sekolah baharu yang akan dibina tahun depan termasuk SJKC  dan SJKT,  Fadhlina yang menghadiri Karnival Lestari Intervensi Awal 2024 (KLIA'2024) pada Sabtu menjawab " saya tidak beranggapan akan ada pihak yang terpinggir dalam proses ini"  


Tambah beliau, nama 44 buah sekolah baharu itu akan diumumkan kemudian.


"Daripada pengumuman semalam, kita boleh lihat, kanak- kanak daripada semua peringkat akan mendapat manfaat dari sekolah baharu"


Menurut Fadhlina, oleh kerana peruntukannya besar, pertama pendidikan mesti diterajui dengan cekap. Kedua, ia memenuhi keperluan semua bermakna tiada anak-anak kita yang akan tersisih.


Beliau berkata dengan jumlah dana yang besar ini, KPM memikul tanggungjawab penting untuk memastikan peruntukan Belanjawan 2025  memberi impak positif kepada reformasi pendidikan yang sedang berjalan, kerana pendidikan ialah asas penting bagi membina negara yang  mampan dan berdaya saing.


Sumber: Kwong Wah 19-10-2024

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tapak pelancaran roket antarabangsa pertama bakal dibina di Pahang

China Hapus Unsur Arab dalam Agama Islam • Terjemahan Semula Al-Quran dalam Bentuk Buku Penterjemahan Petikan Ringkas Al-Quran versi Bahasa Cina

Goh Tian Chuan Sokong Sepenuhnya Persatuan Penyatuan Satu China• Masyarakat Cina Sokong Dasar Satu China Kerana Selaras Dengan Dasar Negara.