Cheah Lek Aee: Belanjawan Tidak Menyebut Projek 10+6 SJKC • Kerajaan Patut Memperuntukkan Dana Untuk Menyiapkannya Dahulu
(Seremban 20hb) Pengerusi Jiao Zong Cheah Lek Aee berkata Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Dato Seri Anwar Ibrahim menyebut akan membina 44 buah sekolah baharu tahun depan tetapi tidak menyebut berapakah bilangan SJKC dan SJKT daripada jumlah itu. Walau apa pun ,beliau berpendapat kerajaan patut mendahulukan peruntukan pembinaan sekolah-sekolah bagi projek 10 SJKC baharu dan pemindahan 6 buah SJKC mikro.
Berhubung kenyataan Menteri Pendidikan Fadhlina tentang pembinaan 44 sekolah baharu tahun depan tanpa meminggirkan SJKC dan SJKT, Cheah Lek Aee mentafsirkan kenyataan tersebut sebagai "Pasti ada, cuma tak pasti berapakah bilangan sekolahnya", semuanya akan diketahui setelah menteri mengumumkannya.
“Tapi saya perlu tegaskan tentang Projek 10+6 SJKC, saya berpendapat kerajaan patut memperuntukkan dana untuk menyiapkan projek ini terlebih dahulu, barulah bercakap tentang sekolah baharu. Dalam pembentangan Belanjawan tidak menyebut tentang projek ini. Adakah bermakna ianya akan ditangguh lagi. Walau apa pun kami akan terus membuat tindakan susulan agar sekolah-sekolah ini dapat dibina satu per satu"
Selain itu, memandangkan Kementerian Pendidikan (KPM) telah mendapat peruntukkan tertinggi dalam sejarah iaitu RM64.1 bilion dengan RM 10 bilion untuk membaiki kelas-kelas lama dan uzur, beliau berkata masih berharap kerajaan boleh menyenaraikan jumlah khusus untuk sekolah setiap aliran.
Cheah Lek Aee berkata demikian ketika dijemput berucap pada majlis penyampaian hadiah Pertandingan Pengetahuan Am Pendidikan Cina Peringkat Kebangsaan sekali dengan majlis angkat sumpah ahli jawatankuasa baharu Persatuan Alumni Sekolah-Sekolah Cina Malaysia ke-15 di Seremban
Sumber :Sin Chew 20-10-2024

Ulasan
Catat Ulasan