China Belum Bertindak Agresif Terhadap Malaysia • Timbalan Menteri Pertahanan : Situasi di Laut China Selatan adalah Selamat
(Kuala Lumpur 21hb) Timbalan Menteri Pertahanan, Adly menegaskan bahawa setakat ini, China tidak bertindak agresif terhadap Malaysia seperti dilakukan terhadap Filipina dan Vietnam.
Menurut beliau, situasi di Laut China Selatan masih selamat dan terkawal, kawasan perairan itu kekal bebas dan terbuka untuk komuniti maritim.
Menjawab soalan di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata kapal China yang berada di Laut China Selatan bukannya kapal perang tenteranya tapi kebanyakannya ialah pasukan pengawal pantai China.
Menjawab soalan Ahli Parlimen Jelebu daripada UMNO Datuk Seri Jalaluddin Alias, beliau berkata ini selaras dengan langkah strategik zon kelabu yang sering diguna pakai China di Laut China Selatan. "Walaupun kemunculan kapal China di perairan kita menimbulkan kontroversi, sehingga kini, China tidak mengambil sebarang tindakan agresif terhadap Malaysia seperti dilakukan terhadap Filipina dan Vietnam."
"Kementerian Pertahanan terus komited menjaga kedaulatan negara dan memastikan kesediaan aset berada pada tahap optimum bagi bertindak balas terhadap sebarang bentuk ancaman keselamatan di perairan negara, khususnya di Laut China Selatan."
Sumber : Oriental Daily 21-10-2024

Ulasan
Catat Ulasan