Hantar Gambar Tidak Senonoh, Cium dan Peluk, Guru Penolong Kanan Disyaki Cabul Murid Perempuan


(Ipoh 12hb)  Khabar angin bertebaran dalam komuniti pendidikan di Ipoh tentang  seorang guru penolong kanan lelaki sebuah SJKC didakwa telah menghantar gambar tidak senonoh kepada murid  12 tahun, selain mencium dan memeluk murid perempuan tersebut di dalam kelas!

Menurut laporan, pada bulan september, ibu murid perempuan tersebut mendapati guru penolong kanan lelaki itu telah menghantar gambar tidak senonoh ke telefon bimbit anak perempuannya dan "mengajar" murid itu tentang cara melakukan hubungan seks.


Difahamkan, guru penolong kanan lelaki itu menghubungi murid perempuan tersebut menerusi WeChat dan Instagram.


Laporan menyatakan guru penolong kanan terbabit telah mengajak murid perempuan tersebut ke 2 buah kelas, kemudian mencium dan memeluknya


Ketua Polis Perak Datuk Azizi  mengesahkan telah menerima laporan berkaitan dan akan memberikan kenyataan Isnin depan.


Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata, setelah menerima laporan berkaitan, Kementerian Pendidikan telah bertindak memindahkan guru terbabit dari sekolah tersebut.


Menurutnya lagi, perkara yang paling penting sekarang adalah untuk melindungi kanak-kanak yang terlibat dalam kes tersebut maka semua pihak diminta untuk memberikan ruang kepada mereka.


Sehingga tarikh siaran laporan ini, pihak kami belum mendapat sebarang maklumat daripada sekolah terbabit tentang kes ini.

Sumber: China Press 12-10-2024

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tapak pelancaran roket antarabangsa pertama bakal dibina di Pahang

China Hapus Unsur Arab dalam Agama Islam • Terjemahan Semula Al-Quran dalam Bentuk Buku Penterjemahan Petikan Ringkas Al-Quran versi Bahasa Cina

Goh Tian Chuan Sokong Sepenuhnya Persatuan Penyatuan Satu China• Masyarakat Cina Sokong Dasar Satu China Kerana Selaras Dengan Dasar Negara.