"Lahir di Johor, tapi hatinya ke arah China" PAS Gesa Lucut Kewarganegaraan Lee Kim Yew
"Bagaimana seorang yang mengaku lahir di Johor, boleh mengeluarkan kenyataan menggesa semua parti politik orang Cina mengutamakan kepentingan China, saya percaya kalian juga tidak bersetuju dengan kenyataannya dalam laporan tersebut, kerana ini usaha menggugat kesetiaan kepada negara"
Ahmad Fadhli yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata demikian semasa perbahasan Pindaan Perlembagaan Kewarganegaraan sambil menegaskan laporan yang menurut Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Datuk Ahmad Marzuk masih ada di portal MSN. com
“Oleh itu, saya fikir, rakyat Malaysia yang tidak menghormati keistimewaan dan anugerah kewarganegaraan yang diberikan kepadanya, ialah golongan yang tidak sepatutnya diberikan kewarganegaraan dan perlu dilucutkan kewarganegaraannya"
"Justeru itu, saya menyeru, sampai masanya untuk mewujudkan akta warganegara, bagaimana untuk melucutkan hak warganegara".
Sumber: Sin Chew Daily 16-10-2024

Ulasan
Catat Ulasan