Nyanyian, Tarian, Bermain Bola Keranjang , Ping Pong dan Berinteraksi Sebagai Tanda Keakraban • Tentera Laut China Melawat Sekolah Menengah Persendirian Cina Chung Ling


(Pulau Pinang 8hb) Mengenepikan kekuasaan dan ketegasan, delegasi Armada ke- 83 Tentera Laut China telah melawat Sekolah Menengah Persendirian (SMPC) Chung Ling dan bergaul mesra dengan para guru dan pelajar sekolah itu


Pegawai tentera yang gagah perkasa berinteraksi secara santai dengan para pelajar, selain membuat persembahankan nyanyian berkumpulan lagu kantonis bertajuk Lautan dan Langit yang Lebih Luas《海阔天空》。


Selain itu delegasi tentera laut China turut mempersembah nyanyian lagu 'My Motherland' 《我的祖国》、Tarian Orang Muda《青春舞曲》;Lumba Kuda《赛马》,dan Awak Suka Menarikah?《你爱跳舞吗?》。


Pelajar SMPC pula mempersembahkan tarian rakyat Yunnan dan gendang 24 musim.


Selain persembahan nyanyian dan tarian, kedua-dua pihak turut mengadakan perlawanan persahabatan bola keranjang dan ping pong


Hadirin termasuk Ding Qiao, Timbalan Konsul Jeneral China di Pulau Pinang, Foo Wan P'ng, wakil Lembaga Pengurusan SMPC Chung Ling, Bahagian Kewangan Dato’ P’NG Lai Heng dan Ng Jooi Seah, Pengetua SMPC Chung Ling.


Pada majlis itu, Kolonel He Kun, timbalan komander Armada ke-83 Tentera Laut China, menyampaikan cenderahati kepada Dato' Seri Koay Hean Eng, pengerusi lembaga pengurusan SMPC Chung Ling, dan menyampaikan beg sekolah, barangan sukan dan cenderamata panda kepada pelajar.


Datuk Tan Chiang Kiong, seorang pesara pengajar seni berusia 92 tahun dan dekan SMPC Chung Ling, menyumbangkan salah satu lukisan cat airnya kepada Tentera Laut China.


Armada ke-83 Tentera Laut China yang melawat Pulau Pinang ditempatkan di Swettenham Pier Cruise Terminal, Pulau Pinang dari 5 hingga 8 bulan ini. Armada itu terdiri daripada  1,376 pegawai dan tentera, 150 daripadanya membuat lawatan khas ke SMPC Chung Ling untuk progam rentas budaya bersama guru dan pelajar.


Sumber Laporan : Nan Yang Siang Pau 8-10-2024

Sumber Gambar : Kwong Wah Yit Poh 7-10-2024


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tapak pelancaran roket antarabangsa pertama bakal dibina di Pahang

China Hapus Unsur Arab dalam Agama Islam • Terjemahan Semula Al-Quran dalam Bentuk Buku Penterjemahan Petikan Ringkas Al-Quran versi Bahasa Cina

Goh Tian Chuan Sokong Sepenuhnya Persatuan Penyatuan Satu China• Masyarakat Cina Sokong Dasar Satu China Kerana Selaras Dengan Dasar Negara.