Respon kepada Belanjawan 2025| Goh Tian Chuan Harap Belanjawan Menyenaraikan Peruntukan Untuk Sekolah Setiap Aliran

 


 (Kuala Lumpur, 18hb) Presiden Hua Zong Tan Sri Goh Tian Chuan menyambut baik peruntukan pendidikan tertinggi dalam sejarah Belanjawan iaitu RM64.1 bilion dengan RM2 bilion daripada peruntukan tersebut bagi menaik taraf dan menyelenggara sekolah-sekolah termasuklah SJKC,  namun beliau berharap kerajaan boleh menyenaraikan dengan jelas peruntukan untuk SJKC .


Beliau menyokong pengumuman kerajaan untuk membina 44 buah sekolah baharu pada tahun depan, namun keliru apabila pengumuman itu hanya menyebut SMK dan SK,  tidak menyebut sekolah aliran lain, termasuk sekolah Cina. Adakah ini bermaksud tahun depan tiada sekolah Cina baharu akan dibina dan tiada projek pemindahan semula sekolah Cina baharu akan dilaksanakan?


Beliau juga berasa keliru kerana Belanjawan tidak menyebut tentang peruntukan bagi Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK).


Tambah beliau, jika dibandingkan dengan tahun ini, peruntukan kerajaan kepada bidang pendidikan meningkat bukannya menurun, iaitu daripada RM58.7 bilion ke RM64.1 bilion (peningkatan sebanyak 9.2%), yang turut menyaksikan peningkatan peruntukan bagi menaik taraf dan menyelenggara sekolah sebanyak RM2 bilion menyebabkan ramai pihak berharap.

Sumber : China Press 18-10-2024


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tapak pelancaran roket antarabangsa pertama bakal dibina di Pahang

China Hapus Unsur Arab dalam Agama Islam • Terjemahan Semula Al-Quran dalam Bentuk Buku Penterjemahan Petikan Ringkas Al-Quran versi Bahasa Cina

Goh Tian Chuan Sokong Sepenuhnya Persatuan Penyatuan Satu China• Masyarakat Cina Sokong Dasar Satu China Kerana Selaras Dengan Dasar Negara.