Abdul Karim : Tukar Nama Laut China Selatan kepada Nama Lain
(Kuching 23hb) Berhubung perluasan kuasa China di Laut China Selatan dengan memasukkan perairan Sarawak dan Sabah dalam peta baharu China tahun lepas, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim berpendapat ianya tidak selaras dengan realiti sebenar. Oleh itu beliau secara peribadi mencadangkan agar Laut China Selatan ditukar kepada nama lain.
"Hal ini kerana ada perkataan China di situ, maka China menuntut laut dan wilayah itu. Ini tidak betul. Nenek moyang kita bergantung kepada laut ini untuk mendapatkan mata pencarian, ianya kaya dengan sumber alam dan hidupan laut".
"Kita ada banyak kawasan di sana termasuk Pulau Layang-Layang, tapi tiba-tiba negara lain isytihar kawasan itu milik mereka."
Beliau berkata demikian ketika berucap di Auditorium Muzium Budaya Borneo sempena perasmian Pameran Laut Murni yang dianjurkan oleh National Geographic.
Sumber : Sin Chew Daily 23-11-2024

Ulasan
Catat Ulasan