Bicara Satu Melayu • Tun Mahathir Berucap di Melaka


(Melaka 16hb) Kehadiran Tun Mahathir , 99 tahun yang sudah lama tidak berucap di Melaka disambut dengan meriah sekali oleh ribuan penyokongnya, dalam ucapannya beliau berharap Melayu dapat bersatu melalui program-program anjuran NGO Melayu.


Beliau tiba di Dataran Baitul Tariq pada jam 430 petang bagi menyertai program Bicara Satu Melayu yang dianjurkan oleh Perkasa.


Berucap sambil berdiri di atas pentas selama hampir 20 minit, beliau menyatakan kebimbangannya terhadap keadaan orang Melayu yang tidak bersatu


Beliau berkata, kemajuan dan kejayaan yang dikecapi Malaysia hari ini hasil perpaduan dan perjuangan rakyat pelbagai kaum jauh lebih baik berbanding zaman penjajahan.


" Hanya dengan bersatu, kita akan menjadi kuat"


Tegas beliau, menyatukan orang Melayu bukan bermakna merampas kepunyaan orang lain, sebaliknya memelihara sebahagian daripada peninggalan nenek moyang kita termasuk budaya, hak bersuara dan tanah untuk diwariskan kepada generasi akan datang.


Selain itu, pihak penganjur turut menyatakan bahawa ini acara skala besar pertama yang diadakan di Melaka, dan akan dilaksanakan di negeri lain.


Turut hadir pada program tersebut ialah


Yang di-Pertua Dewan Negara Tan Sri Dr. Rais Yatim, Bekas Ahli Dewan Negara Dato' Sri Mohamad Ali Mohamad, Ahli Parlimen Jasin dan Pengerusi Jawatankuasa PAS Zulkifli Ismail, Ahli Parlimen Tangga Batu, Bakri Jamaluddin


Sumber : Oriental Daily 16-11-2024

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tapak pelancaran roket antarabangsa pertama bakal dibina di Pahang

China Hapus Unsur Arab dalam Agama Islam • Terjemahan Semula Al-Quran dalam Bentuk Buku Penterjemahan Petikan Ringkas Al-Quran versi Bahasa Cina

Goh Tian Chuan Sokong Sepenuhnya Persatuan Penyatuan Satu China• Masyarakat Cina Sokong Dasar Satu China Kerana Selaras Dengan Dasar Negara.