Hua Zong Gesa Iktiraf Sijil UEC dan Institusikan Pembinaan Sekolah
(Serdang, 30hb) Hua Zong dan Dong Zong berpendapat, selain bersikap berani dan bijak, gerakan pendidikan Cina harus mengikut keadaan semasa. Mereka juga menggesa kerajaan memperkasakan pendidikan Cina dengan mengiktiraf sijil UEC, menginstitusikan pembinaan sekolah bagi sekolah baharu dan sekolah yang dipindahkan ke lokasi lain, menyediakan latihan perguruan dan ketelusan dalam memberikan peruntukan kepada pendidikan Cina dan sebagainya.
Kedua-dua pertubuhan itu berpendapat, gerakan pendidikan Cina harus menggabungkan semua sumber dan kekuatan yang ada untuk mempertahankan dan memperjuangkannya
Presiden Hua Zong Tan Sri Goh Tian Chuan berkata, Hua Zong mesti berdiri bersama masyarakat Cina dan kepentingan pendidikan Cina dengan memberikan kerjasama dan sokongan sepenuhnya kepada dua peneraju pendidikan Cina iaitu Dong Zong, Jiao Zong
Pengerusi Dong Zong Datuk Tan Yew Sing pula berkata, Dong Zong akan terus menyokong profesionalisme dan pemodenan, pada masa yang sama akan mengekalkan kerjasama erat dengan Hua Zong, pihak sekolah, masyarakat Cina dan pertubuhan Cina untuk bersama-sama memperjuangkan pendidikan Cina dengan semangat tidak takut kepada kesusahan, tidak berhenti memperkasakan diri, kekal tabah tidak berganjak dalam mempertahankan pendidikan bahasa ibunda.
Hua Zong dan Dong Zong telah mencapai persetujuan bersama tersebut semasa perbincangan tentang isu pendidikan negara dan pendidikan Cina di Wisma Hua Zong pada 28 Oktober.
Dalam perbincangan tersebut, Dong Zong dan Jiao Zong juga mencapai kata sepakat
(1) Menggesa kerajaan agar menyenaraikan dengan jelas agenda pengagihan peruntukan untuk pembinaan sekolah bagi sekolah baharu dan sekolah yang dipindahkan ke lokasi lain
(2) Menolak penyelarasan kurikulum bahasa Melayu SJK.
Selain daripada itu, kedua-dua pihak juga saling bertukar pandangan mengenai situasi dan keadaan politik semasa, isu berkaitan masyarakat dan pendidikan Cina, usaha memperjuangkan pengiktirafan sijil UEC daripada kerajaan serta perihal "Wisma Pendidikan Cina Komprehensif"
Sumber : Nanyang Siang Pau 30-10-2024

Ulasan
Catat Ulasan