Menteri Besar Pahang Kesan Kebun Durian Haram di Bentong

 

(Kuantan 29hb) Menteri Besar Negeri Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy berkata Kerajaan Negeri Pahang tidak menolak kemungkinan wujud kegiatan penerokaan haram dan rompakan hasil hutan milik Kerajaan Negeri Pahang

"Baru-baru ini sebuah kebun durian telah dikesan di Sungai Perdak, Bentong.  Kalau tengok daripada mata biasa,  memang tidak nampak".

"Saya kebetulan meninjau dari udara. Di tengah-tengah hutan, saya tengok ada kebun durian, satu perkara yang pelik. Saya minta jabatan berkaitan siasat. Kalau tidak, mungkin kebun durian yang tersorok dalam kawasan hutan berbukit ini tidak dapat dikesan."

Ujar beliau ketika menjawab soalan tentang kebun durian haram di Sungai Perdak pada sidang media pagi tadi.

Tambah Wan Rosdy, beliau tidak menolak kemungkinan kebun haram ini telah diusahakan selama satu atau dua tahun dan walaupun tiada tangkapan dibuat dalam operasi memusnahkan pokok durian yang telah ditanam, penguatkuasaan berterusan akan memberi amaran keras kepada individu terbabit untuk berfikir 10 kali sebelum meneruskan kegiatan mereka.

"Penerokaan hutan secara haram begini mengakibatkan kerugian yang besar kepada Kerajaan Negeri Pahang. Oleh itu, ia tidak boleh dimaafkan dan pesalah akan didakwa di mahkamah"

Sumber : China Press 29-11-2024

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tapak pelancaran roket antarabangsa pertama bakal dibina di Pahang

China Hapus Unsur Arab dalam Agama Islam • Terjemahan Semula Al-Quran dalam Bentuk Buku Penterjemahan Petikan Ringkas Al-Quran versi Bahasa Cina

Goh Tian Chuan Sokong Sepenuhnya Persatuan Penyatuan Satu China• Masyarakat Cina Sokong Dasar Satu China Kerana Selaras Dengan Dasar Negara.