Pelajar SMJK Heng Ee Tinggal Nota Tertekan dalam Pelajaran Sebelum Jatuh Dari Bangunan Sekolah
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Abdul Rozak Muhammad apabila ditemubual pagi tadi berkata, pihak polis telah menemui nota yang menyatakan mangsa mengalami tekanan dalam pelajaran.
Selain itu, menurut laporan portal Malaysiagazette, mangsa meninggalkan nota meluahkan rasa tertekan kerana tidak mencapai status pelajar nombor satu.
Ketika ditemubual pagi tadi, Timbalan Ketua Polis pula berkata, menurut laporan daripada jabatan pendidikan, sebelum kejadian, mangsa telah mengalami masalah tekanan perasaan.
Tambah beliau, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang akan ke sekolah untuk memberikan khidmat kaunseling kepada guru dan pelajar sekolah terbabit.
Ibu bapa dan ahli keluarga mangsa difahamkam telah ke rumah mayat Hospital Pulau Pinang pagi tadi, namun mereka menolak sebarang temubual daripada pihak media.
Majlis pengebumian akan dijalankan 10 pagi esok di Leng How Koe Columbarium & Funeral Parlour, Pulau Pinang
Sumber : China Press 19-11-2024

Ulasan
Catat Ulasan