Pelancong China Beli Tanah Buka Restoran di Semporna• Shafie Apdal Gesa Kementerian Pelancongan Ambil Tindakan
Shafie yang juga merupakan Ahli Parlimen Semporna berkata ianya bukan sahaja ancaman kepada perniagaan orang Cina tempatan, bahkan turut menjejaskan peluang pekerjaan penduduk tempatan.
“Bukan itu sahaja yang saya risaukan, kerana mereka boleh mendapatkan lesen perniagaan dan menggunakannya untuk membeli tanah lalu membina kedai makan, sedangkan mereka hanyalah pelancong yang tidak mempunyai kerjasama perusahaan yang sah dengan orang tempatan."
Pada sidang DUN Sabah hari ini, Shafie telah bertanya kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Sabah berkenaan kenyataan Menteri Pelancongan Datuk Tiong King Sing bahawa Majlis Perbandaran Semporna dan pihak berkuasa tempatan telah menjalankan operasi bersama ke atas warga asing yang mengendalikan agensi pelancongan secara haram tapi " tidak nampak hasilnya". Oleh itu, beliau bertanya adakah keadaan tersebut berlaku disebabkan terdapat pegawai tempatan yang telah disogok.
"Apakah langkah balas Kementerian Pelancongan Sabah? Orang China ini bukan sahaja buka kedai makan dan merebut perniagaan orang Cina tempatan, bahkan turut memperlekeh kedai makan orang Cina tempatan dengan mengatakannya kotor agar pelancong tidak berkunjung ke kedai mereka".
Sumber : Sin Chew Daily 18-11-2024

Ulasan
Catat Ulasan