Peruntukan Kerajaan Disalurkan Kepada SMPC Sebelum Tahun Baharu Cina
Menurut beliau, peruntukan tahunan khas sebanyak RM300,000 yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada setiap SMPC akan dimasukkan ke akaun lembaga pengurusan sekolah Cina (LPSC) setiap SMPC pada akhir Januari tahun depan, sebelum menjelang Tahun Baharu Cina.
Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke mengumumkan khabar gembira itu ketika merasmikan majlis pecah tanah SMPC Pei Hwa, Sungai Mati.
Tambah beliau, kerajaan telah memberikan peruntukan khas kepada setiap SMPC sejak 2018.
Kata beliau, adalah luar biasa apabila 63 buah SMPC mendapat peruntukan kerana perkara ini tidak pernah dilakukan oleh kerajaan sebelumnya
“Peruntukan tetap kepada SMPC tanda pengiktirafan dan pengesahan kerajaan terhadap peranan SMPC dalam sistem pendidikan negara kita dan sumbangan mereka kepada pembangunan negara.”
Anthony Loke berkata, SMPC ialah institusi bukan untung, lembaga pengurusan sekolahnya (LPSC) perlu menanggung kos pentadbiran dan operasi yang tinggi bagi mengekalkan yuran pengajian munasabah yang dikenakan kepada pelajar.
Beliau mengakui, walaupun bantuan tahunan kerajaan sebanyak RM300,000 tidak mencukupi untuk menangani keadaan itu, ia sekurang-kurangnya dapat membantu pihak sekolah agar yuran pengajian tidak membebankan ibu bapa pelajar.
Beliau turut berkata kualiti pendidikan negara perlu terus dipertingkatkan bagi memupuk lebih ramai bakat pada masa depan dalam pelbagai bidang khususnya teknologi maklumat (IT).
Turut hadir pada Majlis Pecah Tanah SMPC Pei Hwa ialah
Syed Ibrahim bin Syed Noh
- Ahli Parlimen Ledang daripada PKR
Ee Chin Li
- ADUN Tangkak daripada DAP
Khairin Nisa binti Ismail
- ADUN Serom daripada UMNO
- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor
Tan So Tiok
- Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Cina SMPC Pei Hwa
Dato' Koh Kim Toon
- Penasihat rundingan
Ang Chee Boon
- Pengetua sekolah
Sumber: China Press 2-11-2024

Ulasan
Catat Ulasan