Tun Mahathir Sudah Menang? DBKL Lancar Operasi Besar-Besaran Banteras Papan Tanda Ingkar Garis Panduan
(Kuala Lumpur 21hb) Adakah kenyataan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir berhubung papan tanda bahasa Cina yang digunakan secara meluas telah melarat? Hari ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melancarkan operasi besar-besaran membanteras papan tanda yang tidak mengikut garis panduan sedia ada.
Menurut China Press, DBKL telah mengerahkan kakitangannya ke banyak kawasan di Kuala Lumpur antaranya Segambut, Pudu, Jalan Silang bagi membanteras papan tanda yang ingkar garis panduan.
Sehingga 7 malam, DBKL masih belum memberikan butiran lanjut berkenaan operasi tersebut
Menurut sumber, operasi kali ini melibatkan bahagian penguatkuasa dan perlesenan DBKL, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta pihak polis.
Ahli Lembaga Penasihat DBKL Andre Lai Chen Heng menjelaskan bahawa tindakan DBKL hari ini, bukannya tindak balas terhadap kenyataan mana-mana ahli politik kerana perancangannya telah dibuat lebih awal.
Beliau menegaskan, operasi tersebut menyasarkan papan tanda yang ingkar garis panduan, dan bukannya menyasarkan papan tanda berbahasa Cina.
"Selain menanggalkan papan tanda yang tidak mengikut garis panduan, struktur binaan haram turut dirobohkan dalam operasi tersebut"
Menurut Andre Lai Chen Heng, walaupun DBKL menjalankan operasi di banyak kawasan sekitar Kuala Lumpur, tapi fokus utama operasi kali ini ialah Jalan Silang.
Tambah beliau, terdapat banyak kedai tempat warga asing berniaga sekitar Jalan Silang, yang saiz dan tulisan pada papan tandanya melanggar garis panduan sedia ada.
"Oleh itu, operasi hari ini adalah untuk membanteras papan tanda yang ingkar garis panduan sekaligus menanggalkannya, bukannya menyasarkan papan tanda bahasa Cina".
Sumber : China Press 21-11-2024

Ulasan
Catat Ulasan