Batu Puteh: Tidak Timbul Rasa Dendam

 

(Putrajaya 13hb) Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.


Sebaliknya, beliau menjelaskan, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan itu diwujudkan ketika pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


"Tak timbul pun (dendam), masa jawatankuasa pasukan khas itu dibuat... sebelum saya pun (jadi Perdana Menteri), itu masa Ismail Sabri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) Perdana Menteri… menterinya, Hamzah (Datuk Seri Hamzah Zainudin) menterinya, Takiyuddin (Datuk Seri Takiyuddin Hassan).


Beliau berkata demikian selepas menunaikan solat Jumaat di sebuah sekolah menengah agama di Putrajaya.


"Ini soal wilayah, mana boleh ada ke negara yang mengizinkan mudah begitu serah (Pulau Batu Puteh)... tak boleh, itu prinsip kita," katanya.


Sumber : Oriental Daily 13-12-2024


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tapak pelancaran roket antarabangsa pertama bakal dibina di Pahang

China Hapus Unsur Arab dalam Agama Islam • Terjemahan Semula Al-Quran dalam Bentuk Buku Penterjemahan Petikan Ringkas Al-Quran versi Bahasa Cina

Goh Tian Chuan Sokong Sepenuhnya Persatuan Penyatuan Satu China• Masyarakat Cina Sokong Dasar Satu China Kerana Selaras Dengan Dasar Negara.