Bendera Taiwan Lenyap Daripada Papan Tanda KLIA

 




(Kuala Lumpur 5hb) Selepas Malaysia menyenaraikan 36 buah negara termasuk Taiwan sebagai salah sebuah negara dengan pelancong risiko  rendah Jun lalu, pelancong dari negara-negara tersebut boleh menggunakan pagar automatik bagi pemeriksaan dan pelepasan imigresen di KLIA yang dilengkapi papan tanda elektronik memaparkan bendera negara-negara tersebut, namun seorang pelancong mendakwa bendera Taiwan sudah "lenyap" daripada papan tanda elektronik berkenaan.


Menurut laporan 'Central News Asia', ramai pelancong yang tiba di KLIA dari Taiwan hari ini mendakwa walaupun mereka masih dibenarkan menggunakan pagar automatik, bendera Taiwan telah lenyap daripada papan tanda elektronik.


Seorang pelancong Taiwan pula dilaporkan berkata,  beliau selalu melihat paparan bendera Taiwan sewaktu tiba dan hendak berlepas dari KLIA yang membuatkan beliau rasa diiktiraf oleh Malaysia dan masyarakat antarabangsa. Oleh itu, beliau berasa ada sesuatu yang kurang apabila papan tanda elektronik tidak memaparkan bendera Taiwan hari ini.


Menurut wakil pengendali syarikat pelancongan Malaysia,  aktiviti pelancongan di antara Malaysia dan Taiwan sangat aktif. Walaupun pelancong Taiwan masih boleh menggunakan pagar automatik, namun paparan bendera Taiwan di papan elektronik dapat mempercepatkan proses pemeriksaan dan pelepasan imigresen bagi pelancong Taiwan.


Setelah Malaysia membenarkan rakyat Taiwan menggunakan pagar automatik pada bulan Jun, Taiwan juga telah membenarkan rakyat Malaysia menggunakan sistem pemeriksaan dan pelepasan automatik sejak 7 November sebagai penghargaan kepada inisiatif Malaysia itu.


Sumber : China Press 5-12-2024

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tapak pelancaran roket antarabangsa pertama bakal dibina di Pahang

China Hapus Unsur Arab dalam Agama Islam • Terjemahan Semula Al-Quran dalam Bentuk Buku Penterjemahan Petikan Ringkas Al-Quran versi Bahasa Cina

Goh Tian Chuan Sokong Sepenuhnya Persatuan Penyatuan Satu China• Masyarakat Cina Sokong Dasar Satu China Kerana Selaras Dengan Dasar Negara.