Jalur Gemilang Terbalik pada Jersi Lee Zii Jia


 (Kuala Lumpur 11hb) Jenama barangan sukan terkenal VICTOR telah memuat naik permohonan maafnya di IG atas insiden melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik pada jersi Lee Zii Jia


Pada perlawanan pertama Jelajah Dunia Akhir BWF, Lee Zii Jia telah berjaya menewaskan Chou Tien Chen. Namun logo Jalur Gemilang terbalik pada jersinya telah mendapat perhatian peminat badminton dan menjadi perbualan netizen.


Dalam hantaran IGnya VICTOR menyatakan "Kami dengan ikhlas memohon maaf kepada semua peminat badminton Malaysia dan Lee Zii Jia atas kesilapan pada jersinya semasa Jelajah Dunia Akhir BWF hari ini.


Kami menghormati Malaysia dan lambang kebangsaannya, serta berasa bangga mewakili Malaysia ke kejohanan antarabangsa. Bendera Malaysia melambangkan perpaduan dan identiti. Justeru, kami amat kesal  dengan sebarang tindakan yang dianggap biadap akibat kesilapan ini.


Kami sedang meneliti secara menyeluruh bagi memastikan kejadian sama tidak berulang lagi. Sekali lagi, kami memohon maaf."


Sumber : China Press 11-12-2024



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tapak pelancaran roket antarabangsa pertama bakal dibina di Pahang

China Hapus Unsur Arab dalam Agama Islam • Terjemahan Semula Al-Quran dalam Bentuk Buku Penterjemahan Petikan Ringkas Al-Quran versi Bahasa Cina

Goh Tian Chuan Sokong Sepenuhnya Persatuan Penyatuan Satu China• Masyarakat Cina Sokong Dasar Satu China Kerana Selaras Dengan Dasar Negara.