Restoran disyaki Promosi Ideologi Komunis • Ronnie Liu Simpan Wang Cina dalam Poket Menyalahi Undang-Undang?
Perbezaan gambar Mao Zedong pada wang China dan teko milik restoran yang diserbu pihak polis kerana disyaki mempromosikan ideologi komunis
Bekas Exco Selangor, Ronnie Liu dilaporkan berkata, tiada undang-undang di Malaysia yang melarang penggunaan imej presiden pertama China, Mao ZeDong. Oleh itu, beliau menganggap tindakan pihak polis terhadap restoran di Bandar Botanic, Klang yang menggunakan pinggan mangkuk dan teko dengan imej Mao ZeDong itu tindak-balas yang terlalu sensitif.
Dalam kenyataannya yang disiarkan di media sosial pada 6 Disember, beliau mengkritik operasi yang dijalankan oleh pihak polis selain menyoal sama ada wang China dicetak dengan imej Mao Zedong yang disimpan dalam poket juga menyalahi undang-undang?
Pada 4 Disember lalu, sebuah restoran di Bandar Botanic, Klang yang menggunakan peralatan makan minum dengan cetakan imej Presiden China pertama Mao ZeDong, selain imej beberapa pemimpin dan slogan Parti Komunis China telah diserbu oleh pihak polis kerana disyaki mempromosi ideologi komunis.
Sumber : Pocketimes 6-12-2024


Ulasan
Catat Ulasan