Nga Kor Ming Umum Peruntukan RM 2 Juta untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina di Perak

 

Kerajaan negeri Perak mengumumkan hari ini (13 Januari 2025)   penyaluran RM1.8 juta kepada 9 buah Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) di Perak.  Peruntukan berkaitan sebenarnya telah disalurkan seminggu yang lalu, menjadikan Kerajaan Negeri Perak yang pertama di negara ini telah menyalurkan peruntukan kepada SMPC bagi tahun 2025.


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mengumumkan tambahan RM200,000 kepada peruntukan tersebut ketika menghadiri majlis penyerahan sumbangan di SMPC Poi Lam, Ipoh pagi tadi, menjadikan jumlah peruntukan sebanyak  RM2 juta untuk 9 buah SMPC di Perak, pagi tadi.


Menurut beliau,  9 buah SMPC di Perak akan mendapat RM2.88 juta daripada peruntukan (RM20.16 juta) yang  kerajaan pusat akan salurkan  (sebelum Tahun Baharu Cina) menjadikan setiap SMPC bakal menerima RM320,000. Dengan tambahan RM 2 juta daripada Kerajaan Negeri Perak pula,  jumlah keseluruhan peruntukan bakal diterima oleh  SMPC di Perak meningkat kepada RM4.88 juta bererti setiap SMPC di Perak akhirnya mendapat RM542,222.


9 buah SMPC yang menerima peruntukan tersebut ialah SMPC Poi Lam, SMPC Shen Jai, SMPC Yuk Choy , SMPC Nan Hwa, SMPC Yik Ching ,SMPC Tsung Wah, SMPC San Min, SMPC Pei Yuan dan SMPC Hua Lian.


Timbalan Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Taiping Wong Kah Woh dan Exco Kerajaan Negeri Perak Woo Kah Leong turut hadir pada majlis tersebut.


Dalam ucapannya, Nga Kor Ming turut mendedahkan bahawa Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim akan ke Perak untuk menghadiri Majlis Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia pada hari ketiga sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.


Beliau turut menggesa masyarakat Cina untuk bersatu bagi menghalang perpecahan daripada berlaku.


Sumber : Berita Cina 8TV 13-1-2025

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tapak pelancaran roket antarabangsa pertama bakal dibina di Pahang

China Hapus Unsur Arab dalam Agama Islam • Terjemahan Semula Al-Quran dalam Bentuk Buku Penterjemahan Petikan Ringkas Al-Quran versi Bahasa Cina

Goh Tian Chuan Sokong Sepenuhnya Persatuan Penyatuan Satu China• Masyarakat Cina Sokong Dasar Satu China Kerana Selaras Dengan Dasar Negara.