Peruntukan RM20.16 juta untuk SMPC • Kerajaan Madani Adil kepada semua
(Kuala Lumpur 12hb) Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengingatkan orang ramai supaya tidak terperangkap dalam pemikiran “zero sum game” dalam isu peruntukan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) kerana mereka telah mengambil inisiatif mengadunkan mereka ke dalam masyarakat Malaysia.
Kata beliau, pemimpin yang berjiwa besar datang untuk mendamaikan, bukan untuk melaga-lagakan masyarakat majmuk.
"Sebagai muslim yang jujur, kita perlu mengakui bahawa pendekatan bermusuhan atau menekan golongan minoriti dengan kuasa sedia ada, adalah bercanggah dengan nilai Islam yang memberi keadilan untuk semua."
Fadhlina telah melawat SMPC Jit Sin bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 11 Januari lalu.
๐ ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ถ๐ฑ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป : ๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ป๐ถ ๐บ๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐บ๐ฎ๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ ๐๐ถ๐ป๐ฎ ๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐บ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ถ๐ฟ๐ถ ๐บ๐ฒ๐ฟ๐ฒ๐ธ๐ฎ "๐ช๐ฎ๐ฟ๐ด๐ฎ๐ป๐ฒ๐ด๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐ฑ๐๐ฎ"
Maka, kerajaan Madani mengambil pendekatan baharu, untuk memastikan masyarakat Cina tidak berasa dipinggirkan atau merasakan diri mereka 'warganegara kelas kedua'
Menurut catatan Facebook Fadhlina Sidek, beliau telah mengiringi Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim melawat SMPC Jit Sin di mana Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM20.16 juta kepada 63 buah SMPC sebelum Tahun Baharu Cina.
Menurut Fadhlina, kerajaan Madani berlaku adil kepada semua. Sementara fokus ditumpukan kepada peruntukan SMPC yang disalurkan oleh Kementerian Kewangan, jangan kita lupa RM150 juta telah diperuntukkan kepada sekolah tahfiz dan institusi yang melaksanakan KAFA di premis bukan Kementerian Pendidikan dalam Belanjawan 2025
Sumber : China Press 12-1-2025

Ulasan
Catat Ulasan