Beting Patinggi Ali Milik Malaysia • Tak Iktiraf Peta China
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Shahidan Kasim (PN-Arau) sekaligus menegaskan tiada rundingan diplomatik dengan China berkenaan Beting Patinggi Ali
Tambah beliau, berdasarkan peta baharu Malaysia 1979, semenangnya berada dalam perairan Malaysia.
"Kerajaan Malaysia sentiasa memantau keadaan Laut China Selatan, terutamanya perkembangan dan keselamatan di sekitar Beting Patinggi Ali."
Katanya kerajaan menggunakan 'whole of government' untuk menyelaras kerjasama antara jabatan-jabatan kerajaan bagi menjamin tindakan yang pantas dan berkesan dalam menyelesaikan masalah keselamatan perairan sekaligus mengelak mengelak daripada berlakunya ketegangan.
Mohamad berkata, kerajaan Malaysia menerusi Majlis Keselamatan Negara, tentera laut dan udara, serta Maritim Malaysia sentiasa memberikan perhatian serius terhadap keselamatan di kawasan perairan negara termasuk rondaan pengawasan, pemantauan dan penguatkuasaan berterusan.
“Semua agensi penguatkuasa dan pemantauan maritim negara amat komited dalam memastikan kedaulatan, hak dan kepentingan negara adalah kekal terpelihara,” katanya.
Dalam "Peta Standard China Edisi 2023" yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Asli China, perairan yang terlibat dalam pertikaian ialah perairan berhampiran Sabah dan Sarawak, Laut China Selatan, Taiwan, dan kawasan yang menjadi rebutan antara India dan China.
Sumber : SinChew Daily 26-2-2025

Ulasan
Catat Ulasan