JAKIM adakan Sambutan Tahun Baharu Cina • Menteri Agama Gaul Yee Sang
(Klang 14hb) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan melancarkan siri “Program Madani Mesra Tahun Baharu Cina ” di Klang pada 15hb dan 16 hb di mana Datuk Mohd Na'im akan dijemput untuk menghadiri progam dan menyertai upacara Lambung Yee Sang yang akan diadakan di Dewan Persatuan Hokkien Klang.
Majlis tersebut adalah anjuran bersama JAKIM, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dan NGO Islam.
Khabar angin mengatakan ada pihak yang mempersoalkan tindakan JAKIM yang secara tiba-tiba dan julung-julung kalinya mengadakan program sambutan Tahun Baharu Cina untuk "memadam api" kontroversi Garis Panduan Muslim Menghadiri Program Bukan Muslim
Namun JAKIM tidak menjawab persoalan ini.
Difahamkan, lokasi untuk program (Dewan Hokkien Klang) telah disewa untuk sementara waktu; walaupun program berlangsung selama 2 hari, tetapi JAKIM hanya menyewanya untuk 1 hari sahaja iaitu pada 16hb.
Difahamkan JAKIM telah menyewa lokasi untuk program itu semalam (13 hb)
Menurut surat jemputan yang dikeluarkan oleh JAKIM, jabatan itu akan melawat rumah jagaan warga emas di Klang pada 10:30 pagi 15hb dan mengagihkan hadiah Tahun Baru Cina serta makanan kering kepada penghuni rumah jagaan tersebut.
Bagi acara pada 16hb pula akan diadakan seminar pembukaan pada pukul 9 pagi, demonstrasi memasak pada pukul 10 pagi dan majlis perasmian pada pukul 11:30 pagi.
Semasa program diadakan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im akan menyampaikan ucapan dan mempengerusikan majlis perasmian, seterusnya menyertai upacara Lambung Yee Sang
Sumber SinChew Daily 14-2-2025

Ulasan
Catat Ulasan