JAKIM Anjur Program Tahun Baharu Cina Setiap Tahun • Jangan Cetuskan Kontroversi




 (Petaling Jaya 15hb) Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dato' Sirajuddin  berkata, JAKIM menganjurkan aktiviti Tahun Baharu Cina setiap tahun dan menyeru semua pihak supaya tidak mencetuskan kontroversi.


 “Program Madani Mesra/Muhibbah Tahun Baru Cina ” anjuran JAKIM akan diadakan di Persatuan Hokkien Klang esok, namun program ini menimbulkan persoalan, menyebabkan majlis lambung Yee Sang yang asalnya dijadualkan untuk makan tengah hari dibatalkan.


“Ini adalah sebahagian daripada peranan Agensi Hal Ehwal Islam untuk menyampaikan mesej keprihatinan dan keharmonian kepada masyarakat, marilah kita bersama-sama mengukuhkan keharmonian negara dan membina Malaysia Madani.”


Dengan itu, beliau menggesa semua pihak tidak mencetuskan kontroversi berkaitan isu ini sehingga menjejaskan usaha pengukuhan perpaduan.


 “Program Madani Mesra/Muhibbah Tahun Baru Cina ” adalah anjuran bersama


JAKIM- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

MACMA- Persatuan Cina Muslim Malaysia

PERKIM- Persatuan Kebajikan Islam Malaysia

HCF- Hidayah Centre Foundation

MAIS - Majlis Agama Islam Selangor

JAIS- Jabatan Agama Islam Selangor


Sumber: SinChew Daily 15-2-2025

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tapak pelancaran roket antarabangsa pertama bakal dibina di Pahang

China Hapus Unsur Arab dalam Agama Islam • Terjemahan Semula Al-Quran dalam Bentuk Buku Penterjemahan Petikan Ringkas Al-Quran versi Bahasa Cina

Goh Tian Chuan Sokong Sepenuhnya Persatuan Penyatuan Satu China• Masyarakat Cina Sokong Dasar Satu China Kerana Selaras Dengan Dasar Negara.