Krisis Tiada Murid SJKC • SJKC Han Kwong tiada murid tahun 1.

 





Sesi persekolahan 2025/2026 akan bermula pada 17 Februari, namun sehingga hari ini SJKC Han Kwong tidak mempunyai murid tahun satu.

Untuk mengatasi dilema sifar murid, Pengarah Lembaga Pengurusan Sekolah, Kapitan Kuo Chin Woo berkata, beliau bercadang untuk menziarahi rumah-rumah setempat dan yang berhampiran dengan Pulau Keladi (Sibu, Sarawak) bersama ahli lembaga lain dengan harapan ada kanak-kanak yang layak untuk mendaftar sebagai murid tahun 1. Galakan akan diberikan agar mereka memilih SJKC Han Kwong dan mudah-mudahan akan ada sekurang-kurangnya seorang murid mengisi kelas tahun 1.


Pihak sekolah mendedahkan, belum ada murid baharu untuk 2025, namun tahun depan (murid baharu 2026) dianggarkan 3 orang, jumlah ini termasuklah anak guru, anak penduduk setempat dan kawasan berdekatan.


SJKC Han Kwong kini mempunyai 12 orang murid, iaitu Tahun 1,4, 5 dan 6 masing-masing 2 murid. Tahun 2 , 1 murid. Tahun 3 , 3 murid. Daripada 12 murid tersebut 8 beretnik Cina dan 4 lagi bukan Cina.


Sumber : SinChew Daily 5-1-2025


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tapak pelancaran roket antarabangsa pertama bakal dibina di Pahang

China Hapus Unsur Arab dalam Agama Islam • Terjemahan Semula Al-Quran dalam Bentuk Buku Penterjemahan Petikan Ringkas Al-Quran versi Bahasa Cina

Goh Tian Chuan Sokong Sepenuhnya Persatuan Penyatuan Satu China• Masyarakat Cina Sokong Dasar Satu China Kerana Selaras Dengan Dasar Negara.