Menteri Pendidikan : SJKC Tidak Akan Ditutup Walaupun Tiada Murid Cina
"Misi semua sekolah kerajaan dalam negara ini adalah untuk memberikan peluang pendidikan, murid pelbagai kaum boleh memilih untuk belajar di mana-mana jenis sekolah, oleh itu murid bukan Cina belajar di SJKC tidak akan menjejaskan ciri-ciri sedia ada SJKC, dan SJKC tidak akan tutup disebabkan tiada murid Cina".
Sebelum ini, media telah melaporkan SJKC Kong Aik, Mata Ayer di Perlis telah menerima 23 orang murid bukan Cina tahun 1 pada sesi persekolahan yang sedang berlangsung. Menurut data daripada Jabatan Pendidikan pula, terdapat 10 buah SJKC di negeri Perlis dengan jumlah 253 orang murid tahun 1, seperti berikut
Cina :
110 murid atau 43.48%
Bukan Cina :
141 murid atau 55.73%
Bukan warganegara :
2 murid atau 0.79%
Sumber : China Press 27-2-2025

Ulasan
Catat Ulasan