Oh Tong Keong Kritik DAP Tak Menentang Dasar Yang Mengutamakan Melayu
(Pulau Pinang 3 hb) Timbalan Presiden GERAKAN Oh Tong Keong mengkritik DAP "Bertukar Kedudukan, Otak pun Bertukar". Sewaktu menjadi pembangkang sangat menentang dasar-dasar yang mengutamakan Melayu, tetapi kini berdiam diri dalam kabinet, tidak berani menentang secara terbuka agenda yang berkaitan.
Beliau berkata demikian apabila mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa wawancara di Buletin TV3 baru-baru ini.
"Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan, berdasarkan pengalaman beliau menghadiri mesyuarat Kerajaan Perpaduan selama 25 bulan, tidak sekalipun beliau menyaksikan Anthony Loke, Setiausaha Agung DAP menentang agenda Melayu atau Islam dalam Kabinet Kerajaan Madani."
Oh Tong Keong berpendapat, ianya bukti DAP "Cakap tak serupa bikin", dahulu selalu mengkritik UMNO melaksanakan dasar-dasar yang mengutamakan orang Melayu dan membantah secara terbuka dasar yang membantu Bumiputera.
Tapi sekarang, setelah menjadi parti yang memerintah, mereka bukan sahaja tidak mengungkit isu berkaitan, bahkan tidak membantahnya dalam kabinet, terima sepenuhnya dasar yang sedia ada.
"Ini menunjukkan DAP telah berkompromi, tidak lagi berpegang kepada pendirian mereka yang lepas demi jawatan dalam kerajaan. Dahulu mereka pernah berjanji akan mempertahankan masyarakat majmuk, memastikan keadilan untuk semua kaum, tetapi sekarang mereka lebih mengutamakan kepentingan politik."
Beliau mengkritik DAP kerana berdiam diri mengenai dasar yang melibatkan Islamisasi, yang sangat bertentangan dengan imej masa lalunya yang bercakap mengenai demokrasi, kesaksamaan dan keadilan, menyebabkan prestasinya sekarang tidak berbeza dengan UMNO.
Oh Tong Keong menyeru para pengundi untuk membuka mata, agar tidak tertipu dengan slogan DAP. Beliau menegaskan parti politik yang "Sebelum pilihan raya lain, selepas pilihan raya lain", akhirnya tidak dapat mempertahankan hak dan kepentingan rakyat.
Sumber OrientalDaily 3-2-2025

Ulasan
Catat Ulasan