China Hapus Unsur Arab dalam Agama Islam • Terjemahan Semula Al-Quran dalam Bentuk Buku Penterjemahan Petikan Ringkas Al-Quran versi Bahasa Cina


 



(Beijing 10 Mac) Semasa persidangan "2 sesi" Kongres Rakyat Kebangsaan dan Persidangan Perundingan Politik Rakyat China berlangsung, Persatuan Islam China telah menukar logo pada akaun rasmi WeChatnya sebagai langkah penghapusan unsur Arab seperti disarankan oleh kerajaan. Tindakan ini berkait rapat dengan usaha Beijing dalam memperkukuhkan pengaruh budaya China dalam agama.

Akhbar Hong Kong, Sing Tao Daily, melaporkan pada Isnin bahawa China sedang giat mempromosikan pengaruh budaya China dalam agama, dengan penekanan khusus pada Islam. Terdapat kira-kira 20 juta umat Islam di China, yang kebanyakannya tinggal di Xinjiang, Ningxia, Gansu, Qinghai, dan Yunnan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pihak berkuasa telah memberi tumpuan kepada usaha mengeneralisasikan konsep halal dalam pelbagai bidang serta menukar seni bina masjid agar tidak lagi berunsurkan Arab atau Arab Saudi. Sebaliknya, mereka menuntut agar bangunan keagamaan mencerminkan ciri dan gaya seni bina China.

Semasa berlangsungnya persidangan “Dua Sesi” tersebut di China, dilaporkan bahawa logo pada akaun rasmi WeChat Persatuan Islam China telah ditukar. Jika dibandingkan, logo asal persatuan berwarna hijau dengan pengaruh Arab yang kuat serta mengandungi perkataan dalam bahasa Inggeris. Namun, logo baharu telah ditukar kepada warna biru dengan reka bentuk yang lebih ringkas, tanpa perkataan bahasa Inggeris, mengurangkan unsur keagamaan, dan lebih menonjolkan identiti kebangsaan.

๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ณ๐˜€๐—ถ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ฏ ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ต ๐—˜๐—ธ๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐˜€๐—บ๐—ฒ

Al-Quran ialah kitab rujukan asas dalam agama Islam, dan usaha menterjemah serta memberi penjelasan semula merupakan langkah penting dalam proses menerapkan pengaruh budaya China ke dalam agama Islam. Setelah lebih empat tahun usaha dilakukan, buku Petikan dan Penjelasan Ringkas Al-Quran (versi bahasa Cina) telah diterbitkan secara rasmi pada September 2024 dan pada oktober tahun yang sama, satu sesi perbincangan mengenai penerbitan buku ini telah diadakan, dengan kehadiran Timbalan Menteri Jabatan Kerja Barisan Hadapan Pusat atau UFWD merangkap Ketua Pentadbiran Hal Ehwal Agama Negara, Chen Ruifeng.

Antara hasil perbincangan ialah penerbitan dan pengedaran buku Petikan dan Penjelasan Ringkas al-Quran tersebut pasti akan memperkukuhkan pengaruh budaya China dalam agama Islam. Selain itu, penekanan perlu diberikan kepada latihan untuk para pemimpin Islam agar dapat membantu orang ramai memahami dan menguasai kandungan buku tersebut yang harus dijadikan sebagai bahan rujukan rasmi di institut dan pusat pengajian Islam.

Presiden Persatuan Islam China, Yang Faming, berkata hasil pentafsiran Al-Quran yang bercirikan pengaruh budaya China ini bertujuan membimbing para pemimpin Islam serta masyarakat Muslim di China agar dapat berpegang teguh pada kepercayaan yang benar, mengamalkan ajaran yang betul, menjauhi sikap radikal, dan menolak ekstremisme.

Dilaporkan bahawa al-Quran yang sedia ada telah pun dirampas di kebanyakan kawasan dalam wilayah Ningxia dan digantikan dengan buku Petikan dan Penjelasan Ringkas Al-Quran yang telah diterbitkan itu.

Pada Disember 2024, seorang imam di Masjid Dร yวng, di Yuxi  Yunnan bernama Ma Cunguang bersama anaknya bernama Ma Yuwei, telah ditahan oleh pihak polis atas tuduhan "mengajar agama secara tidak sah" kerana menyampaikan ajaran daripada  Al-Quran yang sedia ada sekaligus menyebabkan berlakunya bantahan besar-besaran dalam kalangan masyarakat muslim.

๐—š๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—ป๐—ถ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ท๐—ถ๐—ฑ ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐—ต๐—ถ ๐˜‚๐—ป๐˜€๐˜‚๐—ฟ ๐—–๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐˜‡๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ถ ๐—ฌ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ถ๐—ป๐—ด

Pada zaman Dinasti Ming, proses pengaruh seni bina China dalam masjid menjadi semakin ketara. Banyak masjid mula menggunakan bentuk seni bina tradisional China, seperti struktur kayu, susun atur halaman bertutup, sistem sokongan bumbung bertingkat serta bumbung jubin kaca berlapis.

Pada zaman Dinasti Qing, seni bina masjid yang bercirikan pengaruh China menjadi lebih matang dan pelbagai. Masjid tidak hanya mengekalkan gaya tradisional China, tetapi juga menggabungkan elemen Islam dalam reka bentuk yang lebih inovatif.

Sejak abad ke-20, dengan meningkatnya hubungan antara China dan negara-negara Islam di Timur Tengah serta rasa keterikatan umat Islam China terhadap budaya Islam global, sebahagian masjid yang baru dibina mula mengadaptasi gaya seni bina berunsurkan Arab.

Sumber : Oriental Daily 10-3-2025
Telegram t.me/RafizahCianLinMandarin



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tapak pelancaran roket antarabangsa pertama bakal dibina di Pahang

Goh Tian Chuan Sokong Sepenuhnya Persatuan Penyatuan Satu China• Masyarakat Cina Sokong Dasar Satu China Kerana Selaras Dengan Dasar Negara.