DAP Harus Segera Iktiraf UEC

 


(20250321) -Merujuk kepada kunjungan hormat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baharu yang diketuai Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook ke Dong Jiao Zong baru-baru ini untuk mendengar taklimat daripada dua pertubuhan utama pendidikan Cina itu, Timbalan Ketua Pemuda MCA Kedah, Phoong Yu Soon berkata ia adalah sesuatu yang menggembirakan apabila Anthony Loke dengan penuh keyakinan mengumumkan kepada Dong Jiao Zong bahawa urusan pendidikan Cina dan masyarakat Cina adalah juga urusan DAP. Beliau berharap pengiktirafan sijil UEC sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) dapat direalisasikan secepat mungkin agar tidak mensia-siakan harapan masyarakat Cina.


Phoong Yu Soon menambah sebelum DAP menjadi parti pemerintah, mereka sering menyindir MCA yang didakwa gagal menangani isu masyarakat dan pendidikan Cina dengan berkesan. Memandangkan kini DAP sudah berkuasa, ia mestilah melaksanakan tugas mereka dengan baik, terutamanya dalam urusan yang melibatkan pengiktirafan sijil UEC yang sebelum ini ditangani oleh MCA.


Phoong Yu Soon, yang juga Ketua Pemuda MCA Bahagian Kulim-Bandar Baharu, berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa MCA akan terus menjadi pemantau bagi memastikan masyarakat Cina mendapat layanan yang adil dan hak mereka terjamin.


Beliau mengingatkan DAP agar tidak melupakan janji yang telah dibuat kepada masyarakat Cina sebelum pilihan raya dan berharap DAP tidak berdiam diri lagi apabila masyarakat Cina menghadapi masalah!

Sumber : MCA Lantian 21-3-2025

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tapak pelancaran roket antarabangsa pertama bakal dibina di Pahang

China Hapus Unsur Arab dalam Agama Islam • Terjemahan Semula Al-Quran dalam Bentuk Buku Penterjemahan Petikan Ringkas Al-Quran versi Bahasa Cina

Goh Tian Chuan Sokong Sepenuhnya Persatuan Penyatuan Satu China• Masyarakat Cina Sokong Dasar Satu China Kerana Selaras Dengan Dasar Negara.