Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP Ziarah Dong Jiao Zong • Anthony Loke : Urusan Pendidikan Cina ialah Urusan DAP
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook telah mengetuai Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baharu dalam satu lawatan hormat ke Dong Jiao Zong di Kajang pagi tadi. Lawatan ini bertujuan mendengar pembentangan dua pertubuhan utama pendidikan Cina serta membincangkan cabaran dan hala tuju pendidikan bahasa ibunda. Suasana perbincangan berlangsung dengan baik.
Dalam pertemuan selama dua jam itu, Pengerusi Dong Zong, Datuk Tan Yew Sing; Pengerusi Jiao Zong, Cheah Lek Aee; serta Anthony Loke masing-masing menyampaikan ucapan. Diikuti oleh Ketua Pegawai Eksekutif Dong Zong, Leong Sheng Yee yang turut membentangkan laporan mengenai isu-isu berkaitan.
Perbincangan yang rancak diadakan mengenai pelbagai isu, termasuk pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC), kekurangan tenaga pengajar, SJKC Mikro, pendidikan teknikal dan vokasional (TVET), serta pembinaan Bangunan Pendidikan Cina.
Anthony Loke yang juga Menteri Pengangkutan, menegaskan bahawa mempertahankan pendidikan bahasa ibunda serta hak asasi dan demokrasi adalah nilai teras DAP. Prinsip ini sejajar dengan perjuangan parti sejak penubuhannya. Beliau juga menekankan bahawa kepelbagaian merupakan salah satu dasar utama kerajaan Madani yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Tahun ini, Perdana Menteri sendiri mengunjungi Sekolah Menengah Persendirian Cina Jit Sin di Pulau Pinang dan buat pertama kalinya dalam sejarah, peruntukan khas untuk sekolah persendirian Cina diserahkan sendiri olehnya, menzahirkan pengiktirafan secara perbuatan oleh Perdana Menteri terhadap Sekolah Menengah Persendirian Cina serta pendidikan Cina."
"Saya ingin menegaskan kepada semua, urusan masyarakat Cina ialah urusan DAP. Urusan pendidikan Cina juga ialah urusan DAP."
"Dulu, DAP ialah parti pembangkang. Kini, DAP berada dalam kerajaan. Kami akan melaksanakan tugas kami dengan baik. Kebanyakan kawasan Parlimen DAP mempunyai kaitan erat dengan pendidikan Cina, dan kami perlu berdepan dengan para pengundi. Oleh itu, kami pasti akan berusaha untuk pendidikan Cina."
Selain itu, Anthony Loke mengumumkan bahawa DAP akan menyumbang RM200,000 kepada Dong Zong bagi menyokong pembinaan Bangunan Kompleks Pendidikan Cina
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Dong Zong, Datuk Tan Yew Sing, dan Pengerusi Jiao Zong, Cheah Lek Aee, atas sambutan mesra mereka. Anthony Loke berharap agar hubungan lebih erat dan kerjasama yang lebih baik dapat terus terjalin demi pembangunan pendidikan bahasa ibunda.
Antara pemimpin DAP yang hadir dalam sesi perbincangan ini ialah:
Timbalan Pengerusi Kebangsaan merangkap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming
Naib Pengerusi Kebangsaan merangkap Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching
Timbalan Setiausaha Agung merangkap Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong
Timbalan Setiausaha Agung merangkap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh
Setiausaha Organisasi Kebangsaan merangkap Ketua Whip Dewan Rakyat, Khoo Poay Tiong
Pengarah Pilihan Raya Kebangsaan merangkap Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh
Setiausaha Publisiti Kebangsaan, Yeo Bee Yin
Setiausaha DAP Pulau Pinang merangkap Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying
Sementara itu, wakil Dong Zong yang hadir termasuk Pengerusi, Datuk Tan Yew Sing; Timbalan Pengerusi, Lee Tiam Lim; Naib Pengerusi, Yeoh Chai Kok; Setiausaha Agung, Ch'ng Chuwn; Timbalan Setiausaha, Ng Chai Heng; dan Timbalan Bendahari, Seow Hon Cheong
Wakil Jiao Zong yang hadir termasuk Pengerusi, Cheah Lek Aee; Timbalan Pengerusi, Lee Jin Hua; Timbalan Pengerusi, Wong Chau Shing ; serta Pengarah Pendidikan Guru, Tang Eng Sun.
Sumber : 火箭报 Akhbar Roket 20-3-2025

Ulasan
Catat Ulasan