Kurikulum Baharu Mata Pelajaran Sejarah Akan Dilaksanakan 2027• Fadhlina : Memperkukuh Perpaduan Rakyat
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengumumkan bahawa kurikulum baharu untuk mata pelajaran sejarah dijangka dilaksanakan pada 2027.
“Kurikulum baharu memasukkan sejarah Sabah, Sarawak secara seiringan dengan negeri-negeri lain untuk memberikan perspektif yang lebih menyeluruh mengenai sejarah Malaysia serta menonjolkan peranan dan sumbangan tokoh-tokoh tempatan dalam pembinaan negara".
Fadhlina yakin kurikulum baharu mata pelajaran sejarah itu akan membantu pelajar memahami secara holistik warisan dan kejayaan negara, selain memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan murid.
"Kementerian Pendidikan juga akan memperluaskan skop sejarah dunia dengan memasukkan isu-isu antarabangsa yang relevan. Ini akan membantu melahirkan tonggak negara yang bukan sahaja berdaya saing di peringkat global tetapi juga mempunyai pemahaman yang lebih luas mengenai perkembangan dunia."
Fadina berkata, sejarah akan terus menjadi asas penting untuk membentuk identiti nasional dan perpaduan negara
Sumber : Berita Cina 8TV 28-2-2025

Ulasan
Catat Ulasan