Lebih 30 Ribu Permohonan MM2H • Separuh daripadanya Warga China
(Kuala Lumpur 6hb) Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Dato' Seri Tiong King Sing berkata sebanyak 33,030 permohonan diterima di bawah program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) antara 2015 dan 2024, dengan jumlah permohonan tertinggi datang dari China iaitu 15,053.
Beliau berkata, daripada lebih 30,000 permohonan, 22,282 telah diluluskan.
"Tahun 2019 mencatatkan paling banyak permohonan, iaitu 7,948, di mana 3,598 telah diluluskan; tahun 2021 menyaksikan paling sedikit permohonan akibat pandemik Covid-19, iaitu 100, di mana 77 telah diluluskan."
Tiong King Sing membuat kenyataan itu dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Ahli Parlimen Putrajaya daripada BERSATU Datuk Mohd Radzi Md Jidin di Dewan Rakyat semalam.
Tambah beliau, 5 buah negara yang paling banyak permohonan dan kelulusan MM2H seperti berikut
China
- 15,053 permohonan
- 10,030 kelulusan
Korea Selatan
- 2,901 permohonan
- 2,056 kelulusan
Jepun
- 2,057 permohonan
- 1,675 kelulusan
Bangladesh
- 1,669 permohonan
- 1,081 kelulusan
United Kingdom
- 994 permohonan
- 747 kelulusan
Sumber : China Press 6-3-2025

Ulasan
Catat Ulasan