Pemalsuan Pas MM2H• Pegawai Imigresen Diarah Bela Diri

 


(Kuala Lumpur 7 hb) Mahkamah Tinggi hari ini  memerintahkan seorang pegawai Imigresen membela diri atas pertuduhan membuat dokumen perjalanan palsu Pas  Malaysia My Second Home (MM2H) untuk seorang lelaki warganegara Vanuatu, empat tahun lalu, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid berkata, selepas meneliti keterangan pihak pendakwaan, beliau memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh Shamsudin Ishak (51 tahun), lalu memerintahkan tertuduh untuk membela diri.

Hakim menetapkan tarikh perbicaraan selama dua hari pada 8 dan 9 Mei depan.

Sementara itu, Shamsudin memaklumkan bahawa dia memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.

Shamsudin yang kini digantung tugas, didakwa memalsukan dokumen perjalanan Pas MM2H bagi seorang lelaki warga Vanuatu, Li Xingqiang, bagi tujuan memudahkan penyeludupan migran. Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat unit MM2H, Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya, pada Jun 2022.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak melebihi RM500,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Peguam T. Harpal Singh yang mewakili Shamsudin memaklumkan pihak pembelaan akan memanggil empat orang saksi, termasuk tertuduh untuk memberi keterangan.

Sumber: Guang Ming Daily 7-3-2025


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tapak pelancaran roket antarabangsa pertama bakal dibina di Pahang

China Hapus Unsur Arab dalam Agama Islam • Terjemahan Semula Al-Quran dalam Bentuk Buku Penterjemahan Petikan Ringkas Al-Quran versi Bahasa Cina

Goh Tian Chuan Sokong Sepenuhnya Persatuan Penyatuan Satu China• Masyarakat Cina Sokong Dasar Satu China Kerana Selaras Dengan Dasar Negara.