Pemilihan DAP • Wakil Bertanya : Adakah Mikrofon ini Halal?

 

(Shah Alam, 16 Mac) Semasa mesyuarat tertutup Kongres DAP berlangsung pada petang tadi, seorang perwakilan secara tiba-tiba mempersoalkan, "Adakah mikrofon ini halal?" Kata-kata tersebut serta-merta mencetuskan kemarahan Setiausaha Agung, Anthony Loke Siew Fook, yang dengan tegas menegur perwakilan berkenaan dan mengarahkannya untuk segera meminta maaf.


Difahamkan, individu yang mengeluarkan kenyataan kontroversi tersebut ialah seorang perwakilan pusat dari Pulau Pinang. Ketika berucap di hadapan mikrofon, dia secara tiba-tiba mempersoalkan, “Adakah mikrofon ini halal?” Perwakilan itu juga menyoal bekas Naib Pengerusi, Teresa Kok, dengan mendakwa bahawa dia tidak melihat sebarang tanda halal. Kenyataannya itu telah menimbulkan kemarahan Anthony Loke


Anthony Loke malah bangun menegur wakil rakyat itu dan memberi amaran supaya tidak menggunakan kongres DAP untuk bermain dengan isu agama dan perkauman.


"Ini ialah pengajaran untuk kamu (wakil bekenaan)! Sekali lagi, kamu akan diharamkan daripada bercakap dalam semua program Parti Tindakan."


"Kita berasal dari latar belakang yang berbeza, jadi kita mesti saling menghormati dan menghormati setiap individu. Tolong jangan buat kacau di sini! Selebihnya, saya tidak mahu menjawab."


Anthony Loke juga mengarahkan wakil tersebut untuk segera tampil dan membuat permohonan maaf secara terbuka. Wakil tersebut tidak berani membantah dan segera melangkah ke hadapan untuk memohon maaf kepada perhimpunan. Barulah kekecohan itu berakhir.


Sumber : China Press 16-3-2025


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tapak pelancaran roket antarabangsa pertama bakal dibina di Pahang

China Hapus Unsur Arab dalam Agama Islam • Terjemahan Semula Al-Quran dalam Bentuk Buku Penterjemahan Petikan Ringkas Al-Quran versi Bahasa Cina

Goh Tian Chuan Sokong Sepenuhnya Persatuan Penyatuan Satu China• Masyarakat Cina Sokong Dasar Satu China Kerana Selaras Dengan Dasar Negara.