Pengecualian Visa : Kemasukan Warga China Ke Malaysia Cecah 4.15 Juta dalam Setahun

 


(Kuala Lumpur 6hb) Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Dato' Sri Tiong King Sing berkata sejak Malaysia melaksanakan dasar pengecualian visa untuk warga China pada Disember 2023, jumlah kemasukan warga China ke Malaysia yang direkodkan telah mencecah hampir 4.15 juta dalam tempoh satu tahun setakat Disember 2024.


Beliau berkata dasar pengecualian visa kerajaan bertujuan menggalakkan pelancong asing dari negara berpotensi tertentu datang ke negara ini.


  “Ini akan membantu menjana pendapatan untuk negara dan memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju global dalam beberapa sektor utama termasuk pelaburan, perdagangan dan pelancongan.”


Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Ahli Parlimen Masjid Tanah daripada BERSATU  Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin di Dewan Rakyat semalam bahawa dari Disember 2023 hingga Disember 2024, jumlah kemasukan warga China ke Malaysia yang direkodkan  mencecah 4,145,535 orang.


Selain itu, Malaysia turut melaksanakan dasar pengecualian visa untuk warga India yang berkunjung ke Malaysia, King Sing berkata dalam tempoh yang sama, jumlah kemasukan warga India ke Malaysia mencecah 1,464,499.


Tambah beliau,  ini menunjukkan bahawa pengecualian visa kepada negara berpotensi membantu dalam usaha mendorong lebih ramai pelancong asing ke Malaysia.


Sumber : China Press 6-3-2025


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tapak pelancaran roket antarabangsa pertama bakal dibina di Pahang

China Hapus Unsur Arab dalam Agama Islam • Terjemahan Semula Al-Quran dalam Bentuk Buku Penterjemahan Petikan Ringkas Al-Quran versi Bahasa Cina

Goh Tian Chuan Sokong Sepenuhnya Persatuan Penyatuan Satu China• Masyarakat Cina Sokong Dasar Satu China Kerana Selaras Dengan Dasar Negara.