Anthony Loke : Harap China Jadi Teladan Negara Bertanggungjawab kepada Asia dan Dunia
Anthony Loke bertindak sebagai Menteri Pengiring sempena lawatan negara Presiden Xi ke Malaysia selama tiga hari. Sebelum Presiden Xi meninggalkan hotel di Putrajaya pagi tadi, Anthony Loke telah menghadiahkan cenderamata tersebut atas kapasiti beliau sebagai Setiausaha Agung DAP.
Anthony Loke berkata, semasa menerima cenderamata tersebut, Presiden Xi berbual dengannya mengenai lapan aksara Cina di atas ukiran naga itu, lalu bergambar bersama untuk kenang-kenangan.
“Saya menyampaikan salam hormat antara parti kepada Presiden Xi, dan berharap beliau dapat memimpin gelombang ‘angin timur yang bertiup kencang’ ini, serta menampilkan China sebagai teladan sebuah negara bertanggungjawab kepada Asia, malah kepada dunia,” katanya.
Anthony Loke turut menzahirkan kekagumannya terhadap semangat “kerja keras memajukan negara” yang ditunjukkan oleh para pemimpin China, bermula daripada Deng Xiaoping hingga Xi Jinping. “Lebih 40 tahun reformasi dan keterbukaan, kebangkitan aman China serta pencapaian luar biasa yang diiktiraf dunia adalah hasil daripada tindakan yang nyata, bukan hanya cakap kosong,” katanya
Anthony Loke yakin lawatan tiga negara Asia Tenggara oleh Presiden Xi akan membuahkan hasil yang besar, terutamanya inisiatif China untuk membentuk “Komuniti Destini Bersama untuk Kemanusiaan.” Beliau percaya pendekatan Asia yang sederhana, inklusif dan saling menguntungkan dapat menawarkan penyelesaian yang positif dan progresif kepada ketidaktentuan dalam susun atur sistem antarabangsa yang sedia ada.
Sumber : Akhbar Roket (火箭报) 17-4-2025
Telegram t.me/RafizahCianLinMandarin


Ulasan
Catat Ulasan