Ralat pada Laporan Analisis SPM 2024: KPM Mohon Maaf


PUTRAJAYA 24 Mei – Berhubung kesilapan ilustrasi bendera dalam laporan analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, Kementerian Pendidikan (KPM) secara rasmi memohon maaf dan telah mengambil tindakan tegas serta-merta terhadap pihak terlibat.  

Dalam kenyataan hari ini, KPM mengakui terdapat ralat pada rekaan Jalur Gemilang dalam ilustrasi laporan analisis keputusan SPM. Kementerian itu memohon maaf dan akan mengambil tindakan yang tegas.

“Kecuaian ini tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara. Tindakan tegas dan serta-merta telah diambil ke atas semua yang terlibat."

KPM memaklumkan siasatan terperinci sedang dijalankan, sementara laporan analisis tersebut telah ditarik balik dan pembetulan dilakukan dengan segera.

Kementerian itu  telah mengumumkan laporan keputusan SPM 2024, namun beberapa kesilapan ilustrasi pada bendera dalam laporan itu menarik perhatian ramai.  

Pihak media telah dijemput menghadiri taklimat tersebut, dan setiap wartawan diberikan salinan laporan keputusan SPM.  

Terdapat ralat pada ilustrasi bendera di halaman 4, 14, 15, dan 16 laporan tersebut.

Pada halaman 4 dan 15 laporan, ilustrasi yang sama digunakan di mana bahagian segi empat tepat biru yang sepatutnya terletak di sudut kiri atas telah menutupi separuh daripada bahagian atas bendera, menyebabkan nisbah bendera tidak menepati piawaian sebenar. Selain itu, bendera juga menunjukkan 1 bulan sabit dan 2 bintang

Pada halaman 14 laporan itu, ilustrasi yang digunakan pula menunjukkan dua bulan sabit, manakala bintang 14 penjuru pula tiada.

Pada halaman 16 pula, ilustrasi yang digunakan memaparkan 16 jalur merah dan putih, sedangkan sepatutnya hanya 14 jalur merah dan putih.

Di bawah semua gambar dalam laporan tersebut tertulis perkataan "Gambar AI".

Sumber : SinChew Daily 24-4-2025

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tapak pelancaran roket antarabangsa pertama bakal dibina di Pahang

China Hapus Unsur Arab dalam Agama Islam • Terjemahan Semula Al-Quran dalam Bentuk Buku Penterjemahan Petikan Ringkas Al-Quran versi Bahasa Cina

Goh Tian Chuan Sokong Sepenuhnya Persatuan Penyatuan Satu China• Masyarakat Cina Sokong Dasar Satu China Kerana Selaras Dengan Dasar Negara.