Bendera Terbalik di Pontian • 4 Individu Dibawa ke Balai Polis Bantu Siasatan


 (PONTIAN 20 Mei) Sebuah klinik pergigian swasta di pusat bandar Pontian didapati menggantung bendera Malaysia secara terbalik menyebabkan orang ramai membuat aduan. Majlis Perbandaran Pontian (MPPn), setelah menerima laporan, segera mengadakan operasi bersama pihak polis dan mengarahkan kakitangan klinik tersebut membetulkan kesilapan pada penggantungan bendera.


MPPn dalam satu kenyataan di Facebook kira-kira jam 8 malam tadi memaklumkan, kejadian itu berlaku di sekitar Pusat Komersial Pontian, di mana bendera tersebut digantung secara terbalik di bahagian dalam tingkap tingkat satu klinik itu. Ketika pihak penguat kuasa tiba, klinik tersebut sudahpun tutup. Dengan bantuan polis, kakitangan klinik kemudian dihubungi dan diminta hadir segera untuk membetulkan kedudukan bendera.


Kakitangan terbabit yang tiba di lokasi kemudian menggantung semula bendera tersebut dengan cara yang betul serta melaraskan kedudukan bendera negeri Johor yang turut digantung. Keseluruhan proses itu diselia di tempat kejadian oleh penguat kuasa MPPn dan polis.


Polis kemudian membawa empat orang kakitangan itu ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian untuk membantu siasatan. Mereka yang dibawa itu termasuk dua wanita Melayu, seorang lelaki Cina dan seorang wanita Cina.


MPPn menegaskan, klinik terbabit didapati melakukan kesalahan di bawah Undang Undang Kecil 45, Pengibaran Bendera, Undang-undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan Dan Perindustrian (MDP) 2019.


Sumber : Oriental Daily 20-8-2025



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tapak pelancaran roket antarabangsa pertama bakal dibina di Pahang

China Hapus Unsur Arab dalam Agama Islam • Terjemahan Semula Al-Quran dalam Bentuk Buku Penterjemahan Petikan Ringkas Al-Quran versi Bahasa Cina

Goh Tian Chuan Sokong Sepenuhnya Persatuan Penyatuan Satu China• Masyarakat Cina Sokong Dasar Satu China Kerana Selaras Dengan Dasar Negara.