Bendera Terbalik • Menteri Belum Letak Jawatan Selepas Kesilapan Ilustrasi Bendera oleh KPM
(Kuala Lumpur, 3 Ogos)– Bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Teng Chang Khim (tokoh veteran DAP) mengkritik kenyataan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang berkata akan mengambil tindakan terhadap Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Port Dickson atas kesilapan mengibarkan bendera secara terbalik.
Beliau dalam beberapa catatan di Facebook hari ini mengingatkan bahawa Kementerian Pendidikan (KPM) sendiri pernah tersilap menggunakan ilustrasi bendera dalam laporan analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun Fadhlina tidak meletakkan jawatan atas kesalahan itu.
“Hei, menteri! Dulu (ilustrasi) bendera dalam laporan KPM ada kesilapan, kamu pun belum letak jawatan. Atas dasar apakah kamu mahu ambil tindakan terhadap sekolah sekarang? Letak jawatan dulu lah!”
"Dalam kes ini, (sekolah) bukan sengaja membuat kesilapan dan sudah segera memohon maaf. Kalau kamu berani terus 'memburu' sekolah, guru besar dan guru-guru, rakyat pasti akan membalasnya! Nanti jangan menyesal."
Teng Chang Khim juga mempersoalkan, jika guru besar dihukum kerana pekerja sekolah membuat kesilapan tanpa niat, maka wajarkah Menteri Pendidikan juga dihukum kerana kelemahan pengawasan oleh guru besar?
"Memandangkan insiden melibatkan bendera begitu serius sehingga membawa malapetaka kepada negara dan rakyatnya, apakata ikut konsep undang-undang Cina kuno 'bunuh 9 keturunan' (诛九族) dengan memecat 1- pekerja sekolah, 2-Guru Penolong Kanan, 3- Guru Besar, 4-Pengarah Pendidikan Daerah, 5- Pengarah Pendidikan Negeri, 6- Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, 7- Ketua Setiausaha, 8- Timbalan Menteri Pendidikan dan 9- Menteri Pendidikan - cukup 9 orang, pecat kesemuanya sebagai amaran"
"Dengan ini, semua pihak pasti akan menghormati bendera seperti patuhnya mereka kepada perintah (Maharaja China), dan kesilapan sama tidak akan berulang."
Sumber : China Press 3-8-2025

Ulasan
Catat Ulasan