Bendera Terbalik• Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan Patut Letak Jawatan

Berikutan kenyataan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek akan mengambil tindakan tegas terhadap kesilapan pengibaran bendera terbalik di SJKC Port Dickson, Timbalan Ketua Pemuda MCA, Mike Chong Yew Chuan mempersoalkan sama ada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Timbalan Menterinya Wong Kah Woh juga patut meletakkan jawatan berikutan kesilapan cetakan ilustrasi bendera pada laporan analisis SPM pada April lalu. 


"Kita semua tahu bahawa tugas mengibarkan bendera di sekolah biasanya dilakukan oleh pekerja sekolah. Setelah kesilapan berlaku, pihak sekolah telah membetulkannya serta-merta dan segera mengeluarkan kenyataan maaf secara rasmi yang menunjukkan sikap bertanggungjawab. Mengapa Menteri Pendidikan masih bersikap begitu agresif dan terus 'memburu' sekolah ini?" soal Chong.  


Beliau mempersoalkan, jika menteri menegaskan prinsip "tindakan dikenakan kepada yang bertanggungjawab", maka kesilapan pegawai Kementerian Pendidikan yang melakukan kesalahan dalam cetakan bendera pada laporan analisis keputusan SPM - suatu kesalahan memalukan di peringkat antarabangsa - sepatutnya Menteri dan Timbalan Menterinya lebih layak meletakkan jawatan.  


"Jika nak dibandingkan dengan kesilapan oleh pekerja sekolah itu, kesilapan cetakan bendera kebangsaan yang merupakan lambang negara oleh  pegawai bertaraf profesional di KPM bukan sahaja satu kesilapan bodoh malah satu kecuaian yang tidak boleh dimaafkan. Jika kesilapan bendera terbalik di sekolah boleh dianggap tidak sengaja, kesilapan dalam laporan rasmi Kementerian Pendidikan pula ialah kecuaian sistematik yang sukar dipertahankan," tegasnya.  


Chong juga menegaskan bahawa sejak kerajaan perpaduan mengambil alih pentadbiran, sekolah Cina sering menjadi sasaran. Sikap KPM dalam hal ehwal pendidikan Cina semakin membimbangkan - dari isu persembahan amal pendidikan Cina, aktiviti role-play dalam majlis hari keluarga SJKC, sehingga ke isu bendera terbalik ini - setiap insiden digembar-gemburkan seolah-olah sengaja dipersalahkan. Sebaliknya, kesilapan serius KPM sendiri diuruskan dalam keadaan sepi atau dipandang ringan.  Ini sungguh memuaskan hati semua pihak.


"Pendekatan pilih kasih dan dwistandard Menteri Pendidikan ini telah merosakkan kepercayaan komuniti Cina terhadap sistem pendidikan," katanya.  


Chong dengan tegas meminta Ahli Parlimen DAP menjelaskan pendirian mereka: "Adakah anda akan terus berdiam diri dan menjadi kaki tangan kerajaan perpaduan yang  'memburu' sekolah Cina?"  


Beliau menegaskan, jika KPM berkeras menghukum SJKC Port Dickson, maka Fadhlina dan Wong juga harus meletakkan jawatan atas kesilapan bendera dalam laporan KPM demi keadilan. Jika tidak, ini jelas menunjukkan sikap pilih kasih dan salah guna kuasa!  


Sumber : MCA Lantian 4-8-2025

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tapak pelancaran roket antarabangsa pertama bakal dibina di Pahang

China Hapus Unsur Arab dalam Agama Islam • Terjemahan Semula Al-Quran dalam Bentuk Buku Penterjemahan Petikan Ringkas Al-Quran versi Bahasa Cina

Goh Tian Chuan Sokong Sepenuhnya Persatuan Penyatuan Satu China• Masyarakat Cina Sokong Dasar Satu China Kerana Selaras Dengan Dasar Negara.