๐™†๐™š๐™ง๐™–๐™Ÿ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™Ž๐™š๐™ก๐™–๐™ฃ๐™œ๐™ค๐™ง ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™ž ๐™๐™–๐™ฃ๐™–๐™ ๐™ช๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™  ๐˜ฝ๐™ž๐™ฃ๐™– ๐™Ž๐™ˆ๐™‹๐˜พ ๐™‹๐™ž๐™ฃ ๐™ƒ๐™ฌ๐™– • ๐™‡๐™š๐™ฅ๐™–๐™จ๐™–๐™ฃ ๐™๐™€๐˜พ ๐˜ฝ๐™ค๐™ก๐™š๐™ ๐™ˆ๐™ค๐™๐™ค๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ง๐™Ÿ๐™– ๐™™๐™ž ๐™‚๐™‡๐˜พ ๐™Ž๐™š๐™ก๐™–๐™ฃ๐™œ๐™ค๐™ง ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™‡๐™–๐™ฃ๐™Ÿ๐™ช๐™ฉ ๐™‹๐™š๐™ก๐™–๐™Ÿ๐™–๐™ง๐™–๐™ฃ ๐™™๐™ž ๐™๐™‰๐™„๐™Ž๐™€๐™‡

๐™†๐™š๐™ง๐™–๐™Ÿ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™Ž๐™š๐™ก๐™–๐™ฃ๐™œ๐™ค๐™ง ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™ž ๐™๐™–๐™ฃ๐™–๐™ ๐™ช๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™  ๐˜ฝ๐™ž๐™ฃ๐™– ๐™Ž๐™ˆ๐™‹๐˜พ ๐™‹๐™ž๐™ฃ ๐™ƒ๐™ฌ๐™– • ๐™‡๐™š๐™ฅ๐™–๐™จ๐™–๐™ฃ ๐™๐™€๐˜พ ๐˜ฝ๐™ค๐™ก๐™š๐™ ๐™ˆ๐™ค๐™๐™ค๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ง๐™Ÿ๐™– ๐™™๐™ž ๐™‚๐™‡๐˜พ ๐™Ž๐™š๐™ก๐™–๐™ฃ๐™œ๐™ค๐™ง ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™‡๐™–๐™ฃ๐™Ÿ๐™ช๐™ฉ ๐™‹๐™š๐™ก๐™–๐™Ÿ๐™–๐™ง๐™–๐™ฃ ๐™™๐™ž ๐™๐™‰๐™„๐™Ž๐™€๐™‡


(KUALA LUMPUR, 30 Ogos) Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang diketuai oleh Pengerusinya, Tan Yew Sing, telah membuat lawatan bersejarah bertemu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.


Atas usaha Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ng Sze Han, kedua-dua pihak telah mengadakan sesi dialog selama satu jam di kediaman Menteri Besar Selangor dan berjaya mencapai kata sepakat mengenai pelbagai isu pendidikan Cina, mencerminkan gaya pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor yang terbuka dan pragmatik.


Tan Yew Sing memuji polisi kerajaan negeri yang terbuka dan sokongan berterusan terhadap pendidikan Cina, terutamanya kelulusan kerajaan negeri memberikan tanah baharu kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) Pin Hwa, Klang.


๐‘ท๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’†๐’“๐’Š๐’‚๐’ ๐‘ป๐’‚๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’๐’•๐’–๐’Œ ๐‘ฉ๐’Š๐’๐’‚ ๐’„๐’‚๐’˜๐’‚๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐‘บ๐‘ด๐‘ท๐‘ช ๐‘ท๐’Š๐’ ๐‘ฏ๐’˜๐’‚ ๐‘บ๐’†๐’”๐’–๐’‚๐’•๐’– ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘ฑ๐’‚๐’“๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’๐’‚๐’Œ๐’–


"Pemberian tanah kerajaan negeri untuk membina cawangan SMPC Pin Hwa adalah sesuatu yang jarang berlaku di negara ini. Kami merakamkan penghargaan yang tulus kerana Menteri Besar telah menunaikan janjinya, tindakan ini amat dihargai."


๐‘ซ๐’๐’๐’ˆ ๐’๐’๐’๐’ˆ ๐’Ž๐’๐’‰๐’๐’ ๐’‘๐’†๐’๐’ˆ๐’†๐’„๐’–๐’‚๐’๐’Š๐’‚๐’ ๐’„๐’–๐’Œ๐’‚๐’Š ๐’•๐’‚๐’๐’‚๐’‰ ๐’–๐’๐’•๐’–๐’Œ ๐’ƒ๐’‚๐’๐’ˆ๐’–๐’๐’‚๐’ ๐’‘๐’†๐’๐’…๐’Š๐’…๐’Š๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’‚๐’‹๐’‚๐’๐’ˆ ๐’ƒ๐’‚๐’ˆ๐’Š ๐’•๐’‚๐’‰๐’–๐’ 2024.


Amirudin Shari berjanji akan mempertimbangkan dan meluluskan permohonan tersebut secepat mungkin untuk meringankan beban kewangan Dong Zong.


Menurut Tan Yew Sing peruntukan pendidikan tahunan daripada Kerajaan Negeri Selangor telah disalurkan secara sistematik setiap tahun, di mana wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun setiap sekolah tanpa perlu diingatkan, ia merupakan contoh terbaik bagi memastikan semua sekolah pelbagai aliran di negeri ini mendapat manfaat secara adil.


"Terima kasih kepada Ng Sze Han, yang telah memainkan peranan penting dalam permohonan pengecualian cukai tanah yang tinggi terhadap sekolah dan menyelesaikan isu berkaitan tanah sekolah Cina."


Ng Sze Han berkata, pertemuan ini adalah lawatan rasmi pertama Dong Zong ke kediaman Menteri Besar Selangor dan disambut sendiri oleh Menteri Besar, sekaligus memberikan makna yang signifikan dalam lipatan sejarah. Suasana perbincangan antara kedua-dua pihak adalah mesra dan mencapai hasil yang memberangsangkan.


๐‘ณ๐’†๐’‘๐’‚๐’”๐’‚๐’ ๐‘ผ๐‘ฌ๐‘ช ๐‘ซ๐’Š๐’ƒ๐’†๐’๐’‚๐’“๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’–๐’Œ ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฐ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ ๐’…๐’‚๐’ ๐‘ซ๐’Š๐’•๐’†๐’“๐’Š๐’Ž๐’‚ ๐’ƒ๐’†๐’Œ๐’†๐’“๐’‹๐’‚ ๐’…๐’Š ๐‘ฎ๐‘ณ๐‘ช ๐‘ต๐’†๐’ˆ๐’†๐’“๐’Š


Amirudin Shari turut memberikan beberapa khabar gembira dalam pertemuan tersebut, termasuklah keputusan kerajaan negeri membenarkan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) melanjutkan pelajaran di Universiti Selangor (UNISEL) yang diuruskan kerajaan negeri, serta diterima bekerja di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah kerajaan negeri.


Bagi mempromosikan persefahaman dan perpaduan antara pelajar berbilang kaum, Amirudin Shari mencadangkan untuk melancarkan program bernama "Kem Perpaduan" yang mengajak penyertaan pelajar sekolah rendah dan menengah pelbagai aliran. Dong Zong sangat menyokong inisiatif ini dan berjanji akan memberikan kerjasama dan sokongan penuh.


Sumber : China Press 30-8-2025



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tapak pelancaran roket antarabangsa pertama bakal dibina di Pahang

China Hapus Unsur Arab dalam Agama Islam • Terjemahan Semula Al-Quran dalam Bentuk Buku Penterjemahan Petikan Ringkas Al-Quran versi Bahasa Cina

Goh Tian Chuan Sokong Sepenuhnya Persatuan Penyatuan Satu China• Masyarakat Cina Sokong Dasar Satu China Kerana Selaras Dengan Dasar Negara.