Jangan Panik Lihat Askar Asing: Latihan Ketenteraan Malaysia–China Bermula Rabu
(Kuala Lumpur, 13 Okt) — Markas Angkatan Bersama (MKAB) mengeluarkan kenyataan bahawa Angkatan Tentera Malaysia akan mengadakan latihan ketenteraan bersama dengan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) dari 15 hingga 23 Oktober.
Lokasi latihan ini terletak di sekitar Selangor, termasuk Klang, Subang, Puchong, serta perairan Selat Melaka.
Latihan ketenteraan bersama yang diadakan setiap dua tahun sekali ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan operasi bersama antara Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Pembebasan Rakyat China, memperkukuh hubungan ketenteraan dua hala, serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan kerjasama dalam bantuan kemanusiaan serantau dan operasi keselamatan maritim.
Oleh itu, orang awam terutamanya penduduk di Klang, Puchong, Subang dan kawasan pesisir Selat Melaka dinasihati supaya tidak panik atau berasa bimbang sekiranya terlihat kehadiran anggota tentera asing, pergerakan kenderaan tentera atau aktiviti ketenteraan sepanjang tempoh 13 Oktober hingga tamat latihan.
Sumber : China Press 13-10-2025

Ulasan
Catat Ulasan