Media Filipina : China Luah Rasa Tidak Puas Hati Terhadap Aktiviti Eksplorasi Minyak dan Gas Malaysia di Laut China Selatan
(Kuala Lumpur 3hb) Menurut《Philippine Daily Inquirer》 China tidak berpuas hati dengan aktiviti penerokaan rizab minyak dan gas oleh Malaysia yang disifatkan dibuat secara sebelah pihak di Laut China Selatan serta telah menuntut Malaysia menghentikan segera aktiviti berkaitan.
Laporan itu memetik nota bantahan yang dihantar oleh Kementerian Luar China kepada Kedutaan Malaysia di China pada 18 Februari yang menyatakan bahawa Nankang Ansha dan Beikang Ansha (dikenali di Malaysia sebagai Beting Patinggi Ali dan Beting Raja Jarum) tergolong dalam kepulauan Nansha ( dikenali di Malaysia sebagai kepulauan Spratly) yang mana China mempunyai kedaulatan ke atas Kepulauan Nansha dan perairan di berdekatannya selain menekankan bahawa pendirian China mempunyai asas sejarah dan undang-undang yang mencukupi selaras dengan undang-undang serta amalan antarabangsa.
Nota bantahan juga menyebut walaupun ditentang keras oleh China, Malaysia terus menjalankan aktiviti penerokaan minyak dan gas di kawasan perairan sekitar Kepulauan Nansha ( dikenali di Malaysia sebagai Kepulauan Spratly) melibatkan Timi, Kasawari, Jerun, Kayu Manis SE, F13, E11, Bokor dan Gumusut Kakap yang bukan sahaja telah melanggar hak kedaulatan dan bidang kuasa China bahkan turut melanggar 《Konvensyen PBB Mengenai Undang-undang Laut》dan undang-undang antarabangsa yang lain, serta《 Deklarasi Tatacara Perihal Tatalaku di Laut China Selatan》 Dengan itu, China menyatakan kebimbangan yang serius dan rasa tidak puas hati terhadap perkara tersebut.
"China sekali lagi menggesa Malaysia agar menghormati kedaulatan wilayah , hak dan kepentingan maritim China, segera menghentikan aktiviti pencerobohan tersebut, tidak meneruskan tindakan sebelah pihak yang boleh merumitkan lagi situasi maritim."
Kementerian Luar Negeri China menyatakan bahawa China amat mementingkan hubungan antara kedua-dua negara dan bersedia untuk menangani perbezaan pendirian maritim dengan Malaysia melalui dialog dan komunikasi, melancarkan mekanisme perundingan China-Malaysia mengenai isu maritim secepat mungkin, menggalakkan usaha sama maritim seperti pembangunan bersama perusahaan di kawasan perairan tersebut , menjaga keamanan dan kestabilan Laut China Selatan demi membina momentum hubungan China-Malaysia yang baik.
Perdana Menteri China Li Qiang telah melawat Malaysia pada Jun tahun ini bersempena dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China. Ketika lawatannya, beliau juga telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar di mana kedua-duanya bersetuju bahawa China dan negara anggota ASEAN harus bebas menangani isu Laut China Selatan, mengurus konflik dan perbezaan pendapat, menggalakkan dialog dan kerjasama, serta komited dalam mematuhi penyelesaian dua hala yang dipersetujui.
Sumber : China Press 3-9-2024

Ulasan
Catat Ulasan