400 Buah SJKC Mendapat Bantuan Penuh Kerajaan



๐Ÿ’๐ŸŽ๐ŸŽ ๐’๐‰๐Š๐‚ ๐ƒ๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ฎ๐ก ๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง - ๐–๐ž๐ž ๐Š๐š ๐’๐ข๐จ๐ง๐   [Sumber : MCA Lantian 17-8-2020]


[Kerajaan tak pernah tindas sekolah vernakular. Cuma tak mampu nak penuhi semua permintaan. Buktinya banyak SK terbiar dan daif]


KPM menyerahkan bantuan RM4 juta untuk pembinaan SJKC Ladang Grisek, Sekolah mengadakan majlis perasmian.


Bak dilahirkan semula, meneruskan misi !


Setelah memulakan operasi pada 1 Mac tahun ini, majlis perasmian besar-besaran yang diadakan oleh SJKC Ladang Grisek hari ini setelah dipindahkan dari Bukit Gambir ke bandar Masai, Pasir Gudang, Johor Bahru adalah simbolik kepada semangat baru pembukaan semula sekolah tersebut. 


Berkeluasan 5.98 ekar, SJKC Ladang Grisek mampu menampung seramai 800 orang pelajar, fasa pembinaan awal sekolah ini adalah bangunan sekolah 4 tingkat , 30 buah kelas, bilik guru, dewan serba guna, kantin, pejabat keselamatan, tempat kitar semula, padang sukan, bilik elektrik dan medan letak kereta. 


Fasa awal pembinaan sekolah ini menelan belanja sebanyak RM11.5 juta, dimana RM7.5 juta telah di sumbangkan oleh Eco World. Sehingga hari ini,sekolah tersebut telah membuka 13 buah kelas untuk kegunaan 405 orang pelajar tahun 1 hingga tahun 5 dan menariknya ialah seramai 68% pelajarnya adalah bukan berketurunan Cina.


Majlis perasmian telah diadakan di Dewan sekolah tersebut dan dihadiri oleh tetamu kehormat Datuk Seri Wee Ka Siong yang merupakan Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA, Dato' Mah Hang Soon Timbalan Menteri Pendidikan dan Timbalan Presiden MCA, Dato' Chang Khim Wah presiden dan CEO Eco World  serta pengerusi lembaga pengurus SJKC Ladang  Grisek Wong Boon Huat.


SJKC Ladang Grisek di bandar Masai, Pasir Gudang telah memulakan sesi persekolahannya pada 1 Mac tahun ini. Wong Boon Huat berkata disebabkan bilangan pelajar yang berkurangan  semenjak 10 tahun kebelakangan ini,  lembaga pengurusan sekolah SJKC Ladang Grisek yang asalnya berada di Ladang Sawit Bukit Gambir telah berusaha mencari lokasi baru untuk berpindah.


Beliau berkata, pada tahun 2013 dengan bantuan ketua MCA Pagoh Datuk Lim Pey Hen, lembaga pengurus sekolah tersebut telah menyerahkan memorandum perancangan perpindahan sekolah kepada Timbalan Menteri Pendidikan waktu itu Datuk Seri Wee Ka Siong, setelah mendapat kelulusan, jawatankuasa pembinaan sekolah telah ditubuhkan dan diketuai oleh Datuk Tan Cher Puk. Beliau mengucapkan terima kasih di atas semua sumbangan dari masyarakat yang menyokong pendidikan Cina terutamanya Eco World yang membolehkan sekolah tersebut meneruskan misinya mendidik para pelajar.


Menurut Mah Hang Soon, SJKC Ladang Gersik telah dibina pada tahun 1951, sejak beberapa tahun ini penurunan bilangan pelajar adalah antara 10-15 orang. Oleh itu pada tahun 2013, perancangan perpindahan sekolah telah dibuat agar dapat dimanfaatkan oleh pelajar di kawasan yang memerlukan.


Beliau menambah untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara, KPM telah menganjurkan pertandingan membaca SJKC di seluruh negara, untuk mengubah fokus pendidikan berorientasikan peperiksaan SJKC kepada kepelbagaian kaedah pendidikan untuk perkembangan pelajar


Beliau turut mendedahkan kempen "saya mahu menjadi cikgu" yang dianjurkan oleh KPM telah mendapat respon positif dari Dong Jiao Zong dan pertubuhan Cina yang lain untuk menggalakan ramai belia memilih profesion perguruan.


Di samping itu, Wee Ka Siong berkata masalah berkenaan premium tanah SJKC Ladang Grisek sebanyak RM6.65 juta yang perlu dibayar telah pun diselesaikan. Dalam sidang akhbar, beliau menjelaskan masalah tersebut timbul akibat kekurangan pengalaman pemerintahan PH yang lepas.


"Terdapat 800 lebih SJKC yang mendapat separuh bantuan kerajaan dan 400 lebih buah SJKC mendapat bantuan penuh kerajaan di negara ini. Antara SJKC yang mendapat separuh bantuan kerajaan ini ada yang dibina di atas lot tanah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP)."


Beliau turut menjelaskan, asalkan lot tanah persekutuan tersebut adalah untuk tujuan pembinaan sekolah ia bukan lot persendirian dan kerajaan mempunyai kaedah pengurusan untuk lot tanah bagi tujuan pembinaan sekolah seperti mengenakan cukai tanah yang minimum.


Beliau menambah, KPM akan campur tangan dalam hal ini. Oleh itu, SJKC Ladang Gersik tidak akan menghadapi masalah pembayaran premium tanah yang tinggi. Terdahulu, dalam ucapan majlis perasmian sekolah tersebut, Wee Ka Siong menjelaskan, lokasi SJKC Ladang Gersik asalnya adalah tapak untuk pembinaan loji kumbahan, tetapi dengan sokongan kerajaan negeri Johor waktu itu, ia telah diubah menjadi tapak untuk pembinaan sekolah. 


Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada "wira tidak didendangkan" yang telah menjayakan projek pembinaan sekolah selain yakin selepas semua kelengkapan bangunan dipenuhi, KPM akan terus meningkatkan keperluan kelengkapan sekolah yang lain.


Sumber : MCA Lantian 17-8-2020

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tapak pelancaran roket antarabangsa pertama bakal dibina di Pahang

China Hapus Unsur Arab dalam Agama Islam • Terjemahan Semula Al-Quran dalam Bentuk Buku Penterjemahan Petikan Ringkas Al-Quran versi Bahasa Cina

Goh Tian Chuan Sokong Sepenuhnya Persatuan Penyatuan Satu China• Masyarakat Cina Sokong Dasar Satu China Kerana Selaras Dengan Dasar Negara.