Guru Penolong Kanan Disyaki Cabul Murid Perempuan Direman 6 Hari
(Ipoh 14hb) Guru penolong kanan SJKC yang disyaki mencabul murid perempuan 12 tahun telah ditahan oleh pihak polis dan direman selama 6 hari untuk membantu siasatan.
Ketua Polis Perak Datuk Azizi berkata pihaknya telah menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 47 tahun pada 3 petang, 11 Oktober yang mendakwa anak perempuannya berusia 12 tahun dicabul oleh guru penolong kanan
Tambah beliau, pengadu mendakwa selain menghantar gambar tidak senonoh kepada anak perempuannya yang berusia 12 tahun, guru penolong kanan itu juga telah memeluk dan mencium anaknya.
"Pihak polis telah bertindak dengan menahan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun bagi membantu siasatan, suspek yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah."
Kata beliau, pihak polis telah membuat permohonan kepada mahkamah untuk mengeluarkan perintah reman terhadap suspek bermula 12hb sehingga 17hb. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017
"Jika sabit kesalahan di bawah akta ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan".
Datuk Azizi berkata demikian ketika disoal tentang kes guru penolong kanan lelaki yang disyaki mencabul seorang murid perempuan dalam sebuah sidang media yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Perak.
Beliau turut berkata, suspek belum berkahwin dan telah berkhidmat di sekolah mangsa selama 8 bulan, menurut siasatan awal, suspek telah beberapa kali melakukan perbuatan tidak senonoh tersebut dan pihak polis akan melanjutkan siasatan untuk mengetahui sama ada terdapat mangsa lain.
Menurut laporan sebelumnya, khabar angin bertebaran tentang seorang guru penolong kanan lelaki sebuah SJKC di Ipoh yang disyaki telah menghantar gambar tidak senonoh kepada seorang murid perempuan tahun 6. Hal itu didedahkan oleh ibu murid tersebut yang selepas itu membuat laporan polis.
Difahamkan, ibu mangsa telah memeriksa telefon bimbit anak perempuannya yang berusia 12 tahun dan mendapati guru penolong kanan terbabit menghantar gambar tidak senonoh menerusi aplikasi pesanan segera.
Menurut laporan, selain gambar tersebut, guru penolong kanan terbabit turut “mengajar” murid berkenaan cara melakukan hubungan seks.
Sumber: Oriental Daily 14-10-2024

Ulasan
Catat Ulasan