25 Tokoh Pelbagai Agama dilantik Sebagai JK Harmoni
Beliau berkata tujuan penubuhan JK Harmoni iaitu secara bersama mencari nilai yang baik dalam setiap agama dan mengadakan aktiviti berunsur kesedaran serta keharmonian antara penganut agama demi manfaat masyarakat.
"JK Harmoni langsung tidak bincang hal-hal dasar agama Islam sebab agama Islam di bawah Perlembagaan Persekutuan yang memang jelas di bawah kuasa sultan dan kerajaan negeri.
"Jadi bagaimana kita nak bincangkan tentang agama Islam dalam jawatankuasa ini sebab kuasa itu berada di bawah kerajaan negeri,” katanya.
Jawatankuasa itu dianggotai para ulama dan ketua-ketua agama yang akan memainkan peranan untuk memberikan penjelasan tentang isu berbangkit berkaitan agama serta mengajak masyarakat supaya tidak menghina agama lain, katanya kepada pihak media ketika menghadiri sebuah program hari ini.
”Jadi maknanya ketua-ketua agama ini (dalam JK Harmoni) akan mengambil peluang untuk berbincang dan kalau ada isu melibatkan salah faham terhadap agama, maka kita harapkan mereka dapat memainkan peranan,” katanya.
Mohd Na’im turut menasihati umat Islam di negara ini agar tidak terlalu beremosi dalam melihat kepada isu-isu perundangan agama yang kompleks serta sentiasa bersikap rasional dalam melontarkan sebarang pandangan.
"Saya rasa ada beberapa salah faham berkaitan jawatankuasa ini, saya nak sebut di sini jawatankuasa ini bertujuan mengharmonikan pengikut agama bukan untuk mengharmonikan agama,” katanya.
Seramai 25 tokoh agama dilantik sebagai ahli JK Harmoni semalam.
Menurut jawatankuasa itu, mereka terdiri daripada agama Islam (10 wakil), Buddha (4 wakil), Kristian (4 wakil), Hindu (2 wakil), Sikh(1 wakil), Tao (2 wakil), Bahai (1 wakil) UNIFOR Sarawak (1 wakil).
Sumber: Oriental Daily 20-2-2025

Ulasan
Catat Ulasan