Kekurangan Guru Etnik Cina• Mesyuarat PIBG Guna Bahasa Melayu
Tambah beliau, walaupun ada sesetengah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) meletakkan syarat mewajibkan pelajarnya mengikuti kelas bahasa Cina, namun disebabkan masalah kekurangan guru, beberapa SMJK tidak dapat menguatkuasakan syarat yang dikenakan kepada pelajar.
"Ada sebuah sekolah dengan 90% pelajarnya etnik Cina, tetapi hanya kira-kira 20% gurunya Cina. Bagaimana sekolah ini dapat mengekalkan ciri-ciri sekolah Cina? Tak mungkin! Persatuan Ibu Bapa dan Guru pun mengadakan mesyuarat dalam bahasa Melayu."
Beliau berkata demikian pada sidang media program jelajah ke seluruh negara 2025 "Jom jadi cikgu"
Menurut beliau, syarat untuk membuka kelas bahasa Cina di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) adalah sekurang-kurangnya 15 pelajar memohon untuk mengikutinya. Ini menyebabkan sebahagian pelajar tidak dapat mengikuti mata pelajaran bahasa Cina di sekolah sekaligus menghalang mereka daripada mendaftar di maktab perguruan; Dong Zong telah menggerakkan pelbagai inisiatif, proaktif dalam meminta pelajar dan ibu bapa mereka agar memohon untuk mengikuti kelas bahasa Cina apabila mereka memulakan persekolahan di Sekolah Menengah.
"Kami pergi ke sekolah, berjumpa dengan murid lepasan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) serta ibu bapa mereka. Kami berikan galakan kepada mereka, mesti ambil ujian bahasa Cina; walaupun calon pelatih guru bahasa Cina lebih ramai di SMJK, tapi jangan lupa, di SMK juga ada ramai pelajar yang bersemangat nak jadi cikgu, khususnya menjadi cikgu bahasa Cina atau cikgu di sekolah Cina"
Sumber : China Press 23-2-2025

Ulasan
Catat Ulasan