Lim Lip Eng: Mahathir Anggap Dirinya Satu-Satunya Pemimpin Hebat
Beliau berkata, selepas lebih dua tahun Anwar memimpin negara, Mahathir masih kerap membuat tuduhan keras dan tidak berasas di media sosial.
"Mengapa Mahathir begitu gigih? Jawapannya mungkin mudah - ego. Beliau sukar menerima hakikat bahawa Anwar sudah menjadi perdana menteri kerana di mata beliau, beliau adalah satu-satunya pemimpin yang hebat. Sesiapa sahaja yang tidak tunduk kepada beliau akan diperlekehkan. Namun beliau mungkin tidak menyedari bahawa rakyat Malaysia sudah pun bosan dengan drama politik yang penuh dengan konfrontasi dan serangan ini."
Dalam kenyataannya, Lim berkata Anwar mengambil alih sebuah negara yang mempunyai banyak masalah ekonomi dan sistem politik yang tidak seimbang, dan masalah ini sebahagian besarnya boleh dikesan kembali kepada dasar pentadbiran Mahathir dahulu.
"Bukannya memberikan pandangan yang membina mahupun penyelesaian kepada masalah, tetapi terus-menerus menyerang. Negara memerlukan pemimpin yang berani, bukannya seorang yang hanya pandai merungut dan mengelak tanggungjawab".
Tambahnya, Mahathir telah memimpin negara 2 kali, dan kedua-dua kalinya negara menghadapi kemelut setelah beliau meletak jawatan. " Maka, siapakah sebenarnya yang gagal? Anwar baru sahaja memimpin negara 2 tahun, namun Mahathir bertindak seolah-olah semua masalah hanya bermula sejak 2022 manakala waktu pemerintahan beliau seolah-olah Utopia (semuanya sempurna)."
Menurutnya lagi, Mahathir berhak menyuarakan pendapat, namun jika beliau mahu kekal sebagai tokoh politik yang dihormati, maka kritiklah dengan kaedah yang bertanggungjawab dan bukannya dipengaruhi oleh rasa dendam. Beliau perlu mempertimbangkan dengan serius, apakah legasi yang mahu beliau tinggalkan. Sejarah tidak akan mengingati mereka yang hanya pandai merungut, sebaliknya akan mengingati mereka yang benar-benar membawa perubahan kepada negara.
Sumber : Oriental Daily 23-2-2025

Ulasan
Catat Ulasan